Monday, May 30, 2011

Pagi

Dari dua fajar yang berbeza,
diangkat untuk keberkatan rezeki,
bermula satu hari yang baru,
selepas dicelik,
tetapi kadang kala tidak dapat dicelik.
Dingin suhunya,
aman sentiasa,
kesegaran terasa,
mudah untuk buat apa saja.
Muzik yang tenang,
alam adalah lagunya,
kehidupan liriknya,
sentiasa kedengaran,
bermain difikiran kita.

6 comments: