Hello There!

Thursday, May 26, 2011

Nazak


Tanpa penglihatan,
gelap permandangan,
ingin berkata,
seperti telah dijahit kulit bibir.

Darah yang mula mengering,
pendengaran di berhentikan,
tetapi hati masih kedengaran,
hati ini yang menjadi mulut,
hati ini yang menjadi telinga,
hati ini yang menjadi mata,
hanya mampu berdoa kepadaNya.

nafas ku,
seperti berada dibulan,
adakah tiba masanya?
adakah ini penamat?
hanya Engkau saja yang tahu.

6 comments:

  1. semoga suatu hari yg tidak pasti itu kita mati dalam keadaan yg aman.

    ReplyDelete
  2. seperti telah dijahit kulit bibir.

    :)

    ReplyDelete
  3. berfikir sejenak tntang kematian...tq :)

    ReplyDelete