Wednesday, May 15, 2013

Adakah mereka memang selesa seperti itu?

Berlari di tepi pantai. Air nya jernih, kelihatan segala ikan berenang-renang bebas. Aku dapat rasakan bagaimana perasaan ikan yang berenang itu hidup dengan air yang jernih tanpa kotoran dan sentiasa bersih. Tapi manusia seperti tiada perasaan.

Mana perasaan itu?

Adakah mereka memang selesa seperti itu? bukan luaran tapi dalaman. Bukan dari segi fizikal tapi rohani juga. Mungkin mereka gilakan dunia ini. Mungkin juga mereka mahu seperti tuhan. Tapi tuhan masih berkuasa.

Wednesday, May 8, 2013

Ada baik tapi disangsikan,ada jahat tapi dibaikkan.

Ultraman cuba untuk bersikap baik, tapi tiada siapa yang percaya. Raksasa yang jahat bersikap baik, ada yang orang yang hendak percaya. Mui pula terpinga-pinga dan keliru mana yang benar dan mana yang salah. Ada betulnya kata-kata ultraman, perbincangan ultraman, kelantangan ultraman, tapi Mui kena fikirkan dahulu. Bila raksasa memberikan kata-katanya, ramai yang mudah percaya, tapi disebaliknya ada undang disebalik batu.

Sekarang Mui penentu segalanya. Fikir dan fikir dan fikir dan fikir. Kata putus dari Mui, biar mereka yang percaya pada Mui.

Monday, May 6, 2013

Tubuh menari

Menari....

Menari...

Menari sehingga puas. Melentikkan tubuh, memusingkan tubuh dengan gerakan O. Seperti ada yang mengawalnya. Jika tiba masanya hilang tubuh yang tidak berganti, engkau akan menari sahaja di hati. Tiada lentikan tubuh, tiada memusingkan tubuh dengan gerakan O. Pada masa itu keseronokan engkau selama ini hilang dan lesap begitu sahaja.

Saturday, May 4, 2013

PRU 13

PRU 13 : Tunaikan tanggung jawab anda sebagai rakyat Malaysia! 

Expose yourself to your deepest fear; after that, fear has no power, and the fear of freedom shrinks and vanishes. You are free. - Jim Morrison -

Wednesday, May 1, 2013

1 May 2013




 Tahun ini pertama kali menyambut hari pekerja. Tapi hidup ini perlukah menghabiskan masa dengan kerja sahaja?

"Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life"

Monday, April 22, 2013

Ikatan yang akan.

Aku mahu ikat dan gari bersama dia selamanya.

Sudah tiba masanya.

Tuesday, April 16, 2013

Tepuk amai-amai

Tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
tak kira siapa pandai,
nanti semua dapat susu.

Tepuk amai-amai,
gajah bersama kupu-kupu,
tepuk beramai-ramai,
tepuk sampai mati kutu.

Tepuk amai-amai,
apa lagi yang bersama kupu-kupu,
jawab sampai pandai,
nanti tarik balik nak bagi susu.

Tepuk tampar amai-amai,
nak apa lagi dengan kupu-kupu,
tak perlu jawab siapa pandai atau pandai-pandai,
senyap! mari sini nak sangat menyusu.

Monday, April 8, 2013

Haram!

"Sokong pemimpin ini! Dia ini memang bagus akan nampak masa depan negara kita!"

"Tidak boleh sebab partinya haram"

"Sokong parti ini! Parti ini memang bagus akan nampak masa depan negara kita!"

"Tidak boleh sebab pemimpinnya haram"

"Habis mana satu yang tak haram?"

"Kita yang tidak haram sebab mencaci dan menfitnah."

"Huuhhh?"


Monday, April 1, 2013

Mengejar masa

Berlari mengejar detik masa,
tapi tidak akan cukup untuk mengejarnya,
suatu saat nanti,
ada masa yang akan menghakimi kita,
harus sampai sini,
cuba untuk memuaskan masa yang ada.

Kekerapan ku hanya di kantor yang mengejar masa,
tidak akan penah nampak bila mahu diakhiri.

Thursday, March 28, 2013

Babi babi babi babi

" Engkau memang makan babi, bawa aku tempat babi, lepak berbincang sekeliling penggemar babi, kau hulur aku makanan babi...ingat aku ni makan babi. Engkau memang babi!"

Monday, March 11, 2013

Karakter hitam putih

Di atas pentas,
yang berlatarkan sekitar durjana,
berwatak kan hitam dan putih.

Yang hitamnya dengan karakternya,
yang putih juga dengan karakternya,
tapi masih boleh untuk bezakan,
tapi aku terperangkap dengan permainan manusia hitam dan putih,
kenapa masih begini?
terpekik,
bertempik,
dengan skrip mereka tersendiri.

Cukup lah!
cukup lah!
cukup lah wahai karakter tersebut!

Friday, March 1, 2013

Dahulu dan sekarang

"apa beza dahulu dan sekarang?"

"zaman dahulu, satu bila ditambah satu menjadi dua"

"kalau zaman sekarang pula?"

"zaman sekarang antara satu ditambahkan satu jadi tiga atau selebih nya, boleh juga jadi negatif hingga selebihnya."


Tuesday, February 26, 2013

Jiwa masih ada kamu

Bukan hendak ke mana,
tapi berdiri teguh tanpa bergoncang,
ribut angin meniup,
tetap terpacak terkaku,
tapi mudah berkarat,
sapu kan cat kembali,
jiwa nya masih ada,
meski pun mahu rapuh di telan zaman,
sentiasa hadir dalam jiwa.

Thursday, February 21, 2013

Ketentuan

Kau tahu tapi aku tidak tahu,
menuju singgah sana tapi aku masih menunggu,
ralat mengenang di sini, serah masa di sana.

Thursday, February 7, 2013

Mimpi : Jelajah yang terakhir

Aku ke sebuah tempat seperti di Indonesia, thailand tapi tiada kepastian aku berada di mana aku menjelajah. Suasananya seperti di seperti petempatan kampung di lereng-lereng bukit yang kehidupannya susah. Aku tinggal di sebuah rumah yang usang di kelilingi dengan pembangunan yang hendak membangun untuk mencakar langit yang luas. Seperti rumah-rumah yang tinggi untuk di tumbuhkan di kawasan itu dengan menidas penempatan miskin di situ.

Aku tidur tanpa sedar kerana kepenatan kerana seharian aku menjelajah di pelusuk ceruk dalam bumi ini. Paginya, aku sedar.
Aku berasa riang yang tersangat dan susah untuk digambarkan. Aku buka pintu dan melihat sekeliling basah dan rintisan hujan tanpa henti. Aku keluar berkaki ayam dan mendaki ke puncak yang di tumbuh oleh rumah-rumah konkrit. Apa sudah jadi seluruh tempat yang cantik yang di cipta oleh Nya.

Di atas gunung yang tinggi lagi berkabus itu, aku melihat kanak-kanak bersekolah sedang bermain bola sepak dengan seronok di atas karpet segar hijau. Aku cuba mendekati mereka dan mereka menerima aku sebahagian daripada mereka.

Sepak ke kiri.
Sepak ke kanan.

Tiba-tiba aku merasa gegaran yang kuat. Aku terdengar bunyi dentuman yang kuat. Aku tertanya "Apakah itu?" Sebahagian runtuhan bangunan menghempas ke bumi yang sangat dasyat. Aku mendengar dentuman belakang ku. Aku lihat runtuhan. Aku menarik tangan sebahagian dan melarikan diri tanpa memikirkan apa-apa.

Aku terlepas genggaman seorang budak lelaki. Dia di hempap konkrit dan melenyekkan tubuh yang lembut budak itu. Aku melari di liring gunung itu, tetapi ke semua runtuhan berlaku. Aku  terlihat ada jaringan longkang yang kecil. Aku memasukkan tubuhku ke dalam dan aku terfikir untuk berbaring dengan bedudukan seperti mayat yang telah dikafankan.

Aku amat takut. Dan memejamkan sambil mengucap untuk nyawa terakhir. Suatu konkrit yang besar telah menghempap aku dan aku merasa seperti ada benda yang menarik nyawa aku. Samar-samar kelihatan. Aku dihempap sekali lagi dengan konkrit yang lebih besar dan berat. Dan aku sudah tiada nyawa.

Sunday, January 27, 2013

Dengung

Aku hanya duduk di cadar yang usang. Tanpa kata-kata yang indah malam itu dan hanya senyap berdengung. Lihat pada skrin tiada satu tatapan mesej yang masuk. Aku mahu engkau tahu yang aku masih menunggu.

Friday, January 25, 2013

kejung 150

Mungkin ini balasan,
mungkin ini ingatan,
tanpa kenal usia,
atau jantina,
ia hadir dengan tanpa mimpi.

Jika tidak jaga,
kejung tanpa sempurna.


Wednesday, January 9, 2013

Senyap!

"Senyap!"

"Kau bodoh!"

"Senyap!"

"Ish! budak ni, selekeh semacam, dengan pakaian tak terurus"

"Senyap!"

"Dia nampak macam berduit, tapi hakikatnya"

"Senyap!"

Bila berjalan mendengari sekeliling, lebih baik tidur.

Tuesday, January 8, 2013