Tuesday, October 30, 2012

Siapa gerangan sepatunya

Renyai-renyai berderai,
gemisik satu bercerai,
kasih nya puteri sungguh gemalai,
putera nya menunggu di majlis keramai,
mencari empunya sepatu siapa gerangan,
bagi cerita yang selalu diperceritakan.

Mungkin bersua,
mungkin pernah bersua,
mungkin seperti bersua,
mungkin tidak pernah bersua,
tapi masih mencari empunya sepatunya.

Saturday, October 27, 2012

Sembelih apa?

"Salam Aidiladha murid-murid!"

"Ye cikgu!"

"OK! Hari raya korban apa yang kamu tahu murid-murid?"

"Saya!"

"Yer Azwan..apa yang kamu tahu?"

"Sembelih kambing lembu"

"Selain tu murid-murid sekalian!"

"Sembelih cikgu, sebab cikgu wat kelas masa raya!"

Cikgu itu senyap seketika kerana dia telah membuat kelas ganti pada hari raya korban.

Selamat hari raya Aidiladha. Semoga sekalian sanggup berkorban demi agama dan pertahankan agama kita.

Wednesday, October 24, 2012

Tiba buta

Hitam,
tiada pemandangan untuk aku lihat,
aku meraba-raba,
hanya rasa,
pedih aku dapat rasa.

Mengharap kembali biasa,
tapi aku masih meraba-raba,
hanya dapat merasa,
hanya boleh salah pada diri,
dan hanya engkau boleh salahkan diri ini.

Walau di bukakan mata,
masih gelita,
tanpa arah untuk dijumpai,
seperti berada di laut,
dan sekelilignya sama,
yang terbentang luas tanpa arah.

Genggam lah aku,
pimpin lah aku,
erat aku,
mencari tuju,
untuk menuju untuk aku tuju.


Wednesday, October 17, 2012

Satu

Satunya ada,
ada pada kamu,
tapi tiada pada aku,
kerana adanya kamu,
sebab kau satu,
aku jadi satu,
kerna kamu.

Tuesday, October 16, 2012

Friday, October 12, 2012

Seksa menahan

Senak secara tiba-tiba seperti serangan senyap mengguna sniper dan di tuju pada musuh. Dan rasa seperti biasa. Seperti kebiasaan selama seminggu ini, aku bangun pada 6.30 pagi dan lihat jam dan tidur kembali dan bangkit semula pada 6.45 untuk ke kerja. Tiba-tiba menyerang kembali, senak dan tiba-tiba elok.

Dalam hati "tak apa lah, dah pakai kemas kemain, dekat office nantilah."

Pandu saja kereta, aku sudah tersekat di kesesakan yang memusingkan pada pagi hari yang patut di hidang dengan cappuccino yang hangat rasa di tekak. Tapi di hangat dengan perasaan yang sering di main kan oleh kesesakan.

Dalam hati "Arghh.. pagi-pagi dah tak tenang!"
Sabar. Tiba-tiba serang kembali dan elok kembali.

Tiba di destinasi. Lihat jam masih awal untuk mengerjakan kerja dan aku seorang tiba pada awal pagi. Aku ke restoran mamak untuk menunggu sementara pejabat aku buka untuk mengerjakan kerja . Roti kosong dan milo ais hidangan pagi. Tiba-tiba menyerang, tapi aku cuba menahan. Aku makan dan minum. Belum sempat aku menghabiskan rezeki pagi aku, aku kembali semula ke pejabat aku.

Kelihatan masih belum di buka lagi. Aku tidak dapat berfikir. Ia menyerang dengan kuat. Sungguh kuat sekali. Aku menahan juga. Aku tidak selesa dan cuba berjalan mencari penyelesaian. Apakah nasib masih belum dibuka semua kedai.

Bisikan hati tidak peduli.
"Arghhh.. tak boleh jadi ni"
"Dia serang lagi..!"
"Aduh...!"

Puchong, kawasan tempat aku berkerja dan ada sebuah ejen syarikat tanah ini, aku tanpa segan aku masuk ke dalam. Hanya pejabat itu saja yang pekerjanya datang awal pagi sebelum ayam berkokok.

"Hello akak! mintak tolong sangat-sangat ni..ni hidup dan mati je! pinjam tandas"
"kejap yer dik..akak tanya orang belakang"
"perghh kak! tak kan nak pinjam tandas ada prosuder kot! tolong sangat-sangat akak..saya amat memerlukan..hampir dah ni!"


"kak jenah!ni ada budak datang office kita nak pinjam toilet"
"cakap tak boleh!"
"die memerlukan sangat-sangat kak! badan dah terbongkok-bongkok.. muka tak tahan tu..!"
"tak boleh!"

"akak! boleh lah akak!"
"Kak jenah tu assistant dik...dia tak bagi..akak mintak maaf..."
"tak pe kak! biar tuhan balas apa perbuatan yang di buat...aku betul-betul tak tahan nak terberak..nak terkeluar rasa ni..boleh akak semua buat orang yang betul-betul memerlukan macam ini."

Aku merenung muka pekerja-pekerja di situ sambil menahan keperitan kesakitan. Aku beredar sambil membongkok dari tempat itu. Aku cuba kembali ke pejabat dengan mengharap pejabat sudah di buka.

"Ya Allah! Syukur..."

Tanpa memikir aku pergi membuang segala ketahanan kesakitan aku selama 1 jam mencari tempat pembuangan sisa. Betul-betul terseksa kerana menahan berak.

Thursday, October 11, 2012

Kanta diri

Hanya teriak ku,
nangis ku,
tiada ada sepertiku dan mu.

Aku pekak pada diri ku saja,
susah untuk mencelik untuk mu,
tiap kali di kaburi,
aku sama begitu,
bukan yang baru.

Aku cuba,
mahu cuba lagi,
tanpa memutus tali,
walau semakin halus.
 

Friday, October 5, 2012

Aku bersendirian

Aku bersendiri, di belakangku.

"sorry mok, aku kene tidur awal sebab kawan aku masuk hospital"
"betul percaya lah,dia koma tak bangun-bangun."

Aku bersendirian, di kiriku.

"Bro, aku fight dengan budak semalam.."
"perghh! budak mana kau fight?"
"budak ni nak pecah kereta aku, aku kejar dia, dia nak lawan aku balik!"
"lepas tu?"
"memang pengsan lah, bawa dia pergi balai!"

Aku bersendirian, di kananku.

"vroommmmmmmmm! aku pecut!"

Aku bersendirian, di hadapanku.

"dei! roti kosong tambah 1 lagi!"

Aku bersendirian, aku ditengah.

..........................
hanya diam membisu dan membangunkan diriku tuk beredar.

Monday, October 1, 2012

Masa yang singkat

Masa yang singkat,
cepat berlalu,
lama menunggu.

Makin lama,
makin berisi,
makin bersendi,
makin memenuhi,
makin mencapai.

Masa yang singkat,
sedang membesar,
belum cukup membesar.