Monday, July 30, 2012

Lubuk kelihatan

Pabila di tutup dengan padat,
gelap,
tiada apa kelihatan,
sepi dan sunyi,
sungguh selesa diri ini.

Tiba masanya ia untuk di buka,
terang,
macam-macam boleh kelihatan,
meriah dan beraneka,
ia juga selesa.

Ada masanya ia akan di tutup dengan padat,
tapi padatnya tidak boleh di buka,
ia akan sepi selamanya,
gelap selamanya tanpa kemeriahan,
menjaga satu-satunya nikmat dariNya.

Saturday, July 28, 2012

Tak puasa erk?

"Cikgu!cikgu!"
"Apabenda?"
"Cikgu tak puasa erk ajar kitorang berenang dalam air ni. Nanti terminum air kang"
"hurmmm... tak kan cikgu nak ajar kamu semua atas lantai kot?"

Thursday, July 26, 2012

Akal manusia

"Berikan penjelasan gorilla! apa kekurangan i!"
"u tak berbulu macam i!"
"i manusia sama macam u.. ada kaki, tangan, otak!"
"memang la... kau hitam?"
"dah kulit aku memang macam ni"

Gorilla berpaling sambil di dalam hati berbisik.
"tak ada akal punya manusia, aku binatang pun boleh fikir"

Wednesday, July 25, 2012

Tanpa sebab

Hentak kaki kanan,
goyang pungung ke kiri ke kanan,
ke depan ke belakang,
tanpa sebab.

Tanyalah kenapa?
tanpa sebab juga.

Barangkali,
tanpa sebab.

Tuesday, July 24, 2012

28 July & 3 august, Nogen Cloth.



Jika ada masa terluang, hendak mencari baju raya? mari datang ke booth nogencloth. pada 28 july dan 3 ogos hari sabtu dan jumaat. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati:

Blog : nogencloth.blogspot.com 

Facebook : Nogen Cloth.

Monday, July 23, 2012

Apa you buat dalam kereta ini?

Sedang riang mendengar lagu yang berkumandang di ceruk speaker kereta ini, terbunyi ketukan dari cermin. Aku lihat seorang mak cik india mengetuk pintu kereta aku ini. Mukanya seperti amat gelisah dan juga seperti marah. Aku hanya membuka tingkap kereta.

"Adik! adik! apa you buat dalam kereta ini?"
"Apasal auntie? apa salah saya?"
"You ni ar.. memamg mahu kena you ni.."
"Apa ni auntie..!"
"Guard! guard! tangkap ini budak! tangkap ini budak!"

Jeritan yang amat kuat dari peti suara mak cik india. Aku berasa pelik. Apa yang aku buat selama ini? Aku ada buat salah? Aku menanyakan soalan yang sama pada mak cik india ini.

"Apa auntie! apa salah saya?"
"Guard tangkap ini budak! Ini budak banyak kurang ajar!"
"apahal lak pulak! jangan buat saya marah auntie!"
"Ini budak banyak jahat, sebab ini budak mahu rompak kereta saya.."
"huhh!!! auntie pergi tengok nombor plat! ini kereta saya!"

Tangan aku di genggam oleh guard yang dipanggil mak cik india ini. Guard itu pun melepaskan tangan aku dan melihat nombor plat kereta ini. Mak cik india ini pun bergerak ke belakang kereta dan melihatnya. Dia terperanjat.

"Adik banyak sorry la dekat auntie.. auntie banyak salah.. Kereta adik sama macam auntie, warna pun sama. Auntie tarak tengok nombor plat la.. kereta auntie sebelah saja...heee"

"Perghhh!"

Sunday, July 22, 2012

Bila ia mahu datang?

Bila mahu ia datang?
aku tidak menunggu,
tapi aku mencari ia,
mungkin ada silap aku di sini,
sebab ia tadak datang.

Bila ia mahu datang?
kelak mendatang,
pasti aku letih akan ia.

Tapi tidak aku menunggu,
bila ia mahu datang?

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan

Mengharap melakukan yang terbaik dan perubahan dalam diri ini sepanjang bulan yang mulia dan diberkati ini. Semoga ibadah kita diterima oleh Nya. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Tuesday, July 17, 2012

Main menari-menari


Di sebalik bangunan ini aku menunggu seseorang. Aku menunggu tanpa ada perasaan letih dan sambil hati riang menjamah seplastik keropok lekor yang agak bergetah di mulut.

Aku duduk menunggu di tirai pegangan besi yang usang di mamah usia seperti ayam yang mahu berkokok bersebelahan dengan manusia - manusia penempatan di situ keluar masuk. Kedengaran bunyi enjin bas berhenti untuk menurunkan anak-anak sekolah untuk pulang ke rumah.

Terdapat sekumpulan kanak-kanak yang menurun untuk pulang kerumah. Aku lihat berebut kanak-kanak ini untuk pulang ke rumah.

"weh!mak aku petang-petang tak ada dekat rumah.. jom kita pergi main jom!"
"main apa?"
"mak aku pun sama tak ada dekat rumah. Mak aku selalu pergi jogging petang macam ni."

Aku dengar perbualan mereka semasa mereka hendak menuruni tangga.

"jom la pergi main sebelum mak aku balik"
"yela, nak main apa?"
"mak kau pergi mana petang macam ni?"

"mak aku pergi menari poco-poco lah dekat dewan bandar tun razak tu."
"nak main poco-poco ke??apa tu?"
"aah, apa tu poco-poco? main hantu-hantu ke tu?"

"ala macam menari tu"
"hantu menari?"
"menari macam mana?"

Aku lihat kanak-kanak itu menari poco-poco dengan riang untuk tunjuk pada kawan mereka dan kanak-kanak itu mengajar pada kawan-kawannya lain. Mereka menari sehingga di hadapan rumah mereka.

"weh! kau ingat tau step menari yang aku ajar!"
"iye aku ingat."
"kita main esok je la.. esok kita main poco-poco ok!"

Thursday, July 12, 2012

Atuk

Masih gagah dengan kekuatan mu,
masih sihat dengan isi hati mu,
masih celik dengan mata mu,
engkau kuat,
engkau hebat,
walau di lanjut,
engkau masih bertubuh sasa,
aku bangga,
aku ucap syukur masih ada engkau.

Tuesday, July 10, 2012

10 July 2012


10 July 2012.
0800 am : Selamat hari jadi
0900 am : termenung sambil memikirkan apa yang aku lakukan selama dua puluh empat tahun.
1100 am : kawan-kawan sekeliling " selamat hari lahir apy!"
1200 pm : aku termenung sambil memikirkan lagi, apa yang aku harus lakukan akan datang
1630 pm : kawan sekerja dan pelajar disekeliling, " happy birthday apy!"
1800 pm : termenung sambil memikirkan apa yang aku harus ada dalam hidup ini
1930 pm : cinta di sekeliling " happy belated day love!"
2045 pm : dinner birthday, termenung sambil memikirkan adakah pencapaian aku ini masih ditahap stabil? belum. Aku harus capai.
2359 am : hanya diri aku " happy 24th birthday to me!"
2400 am : aku termenung. "Arghhhh! menung tak sudah, tak guna juga kalau dah mengantuk mata ni. Penat". Tidur.

Thursday, July 5, 2012

Nogen Cloth. di UPM

Nogen Cloth. akan berada di UPM, mari kita bershopping di sana. Nogen Cloth. ada buat clearance sale untuk anda dengan harga murah.

8 JULY - 13 JULY 2012

UNIVERSITY PUTRA MALAYSIA

PADI 2012,

XXIV ARCHITECTURAL WORKSHOP

FACULTY OF DESIGN AND ARCHITECTURE

 


Blog : nogencloth.blogspot.com 

Facebook : Nogen Cloth.

Wednesday, July 4, 2012

Bogel

Hari-hari berenang tanpa jemu. Memang setiap hari aku berbogel bersama-sama manusia lain. Aku lihat wanita itu bogel, lelaki itu bogel, kanak-kanak itu bogel.

Semuanya di buka, ada yang menutup sebahagian yang patut di tutup, ada tutup nya kecil sahaja. Tanpa keruan mata sentiasa terbuka seperti mata yang segar yang baru bangun dari tidur.

Bogel.
Bogel.

Sekeliling manusia bogel seperti zombie yang dikelilingi untuk memakan daging manusia. Aku menjaga dan mengajar dengan berbogel hati. Semua bogel.

Tuesday, July 3, 2012

Konspirasi

"Konspirasi apa engkau pakai?"

"jawab lah!"

Kaki dikepala memijak tanpa hati. Berasap dimulut dihembus disedut. Satu jari menunding 4 jari membongkok.

"Sial! kenapa senyap! Konspirasi apa engkau pakai?"

Tangan di silang berbentuk T dan dihala ke muka yang dipijaknya. Meletup mukanya dikuasakan oleh ultraman. Barai muka raksasa.

Monday, July 2, 2012

Kamu minta aku

Aku,
hanya merasakannya.

Dan kamu,
meminta sesuatu.

Bila aku rasa terseksa,
adanya kamu,
tapi apa yang kamu pinta,
berat untuk aku berikannya.

Peluh aku mengalir untuk kamu,
pernah kamu merasa?
bau aku menusuk untuk kamu,
pernah kamu mewangikannya?

Aku hanya merasakannya,
Dan kamu masih meminta.