Wednesday, January 21, 2015

Patung sandaran

“Menyampah betul aku bercakap dengan kau! Oi! Apasal kau lawa dan cantik?!”
Bisu saja si dia.

“Aku betul-betul jatuh cinta dengan kau!”

Bisu saja si dia. Tapi Khalid sudah jatuh cinta pada si dia. Khalid sentiasa mengusung dia ke sana ke sini tanpa mengira waktu. Mereka tidur bersama. Kadangkala Khalid juga  bernafsu dengan si dia. Si dia melayankan saja. Kadangkala Khalid mengamuk kerana akan si dia tidak mahu makan bersama.

“Kau ni puasa ke?! Makan lah! Ini makanan kegemaran aku, daging kunyit cicah tempoyak. Makan!”

Pada ahad yang dingin, kawan Khalid datang ke rumah Kiro namanya.

“Khalid! Bilalah engkau nak berubah? Aku rasa menyesal kenalkan si dia dengan engkau.”
Khalid membisu. Kiro hanya menggelengkan kepalanya. Kiro amat mengasihani Khalid kerana kehidupannya yang sadis.

“Khalid… yang pergi tu tak akan kembali.”

Sesal dihati kiro kerana memberi khalid peneman sebuah patung yang amat cantik untuk lenyapkan kesunyian Khalid.

Wednesday, January 7, 2015

"Harap hari ini hari aku."

Pagi ini aku rasakan seperti ada khabar baik. Minum teh O panas yang seperti membuat kita melayang dan memberi semangat pagi ini.

Sungguh segar.

Kentut aku pagi ini terasa wangi. Tahi gigi aku pagi ini rasa manis. Ketiak aku berbau minyak wangi yang paling wangi.

Aku lihat disebalik tingkap.
"Harap hari ini hari aku."