Nokhtah hampir tiba,
buku baru harus dibuka,
hidup baru sudah bersedia,
iaitu hidup makin tua,
ingatan aku dan engkau,
untuk jadi baik sejahtera,
aku tinggalkan nohktah,
untuk pedoman dan kebaikan.
Nokhtah untuk dua ribu empat belas.
Tuesday, December 30, 2014
Thursday, December 11, 2014
Lanyak kau
telunjuk jari sentiasa menunjuk,
salah kau,
salah kau lagi,
salah kau lagi banyak,
kuasa digengaman,
lanyak dia,
mereka yang layak segalanya,
lebih dari tuhan.
Cebok mainan mereka,
kipas mesin sayangan,
mereka mahukan segalanya,
kami tahikan mereka,
kuasa masih digenggaman,
lanyak masih boleh,
tapi dicuba lebih dari tuhan.
kami sakit,
mereka sihat,
kami tergantung,
kaki mereka bergoyang,
lanyak kau.
salah kau,
salah kau lagi,
salah kau lagi banyak,
kuasa digengaman,
lanyak dia,
mereka yang layak segalanya,
lebih dari tuhan.
Cebok mainan mereka,
kipas mesin sayangan,
mereka mahukan segalanya,
kami tahikan mereka,
kuasa masih digenggaman,
lanyak masih boleh,
tapi dicuba lebih dari tuhan.
kami sakit,
mereka sihat,
kami tergantung,
kaki mereka bergoyang,
lanyak kau.
Tuesday, December 2, 2014
Manusia melampau
ada yang didalamnya hanya binatang,
luarnya hanya manusia,
ada kelakuannya hanya binatang,
kadang-kala perlakunya hanya manusia,
melampau,
terlalu melampau,
manusia pada hari ini melampau,
binatang lihat mereka,
hendak mahu kembali pada asalnya.
luarnya hanya manusia,
ada kelakuannya hanya binatang,
kadang-kala perlakunya hanya manusia,
melampau,
terlalu melampau,
manusia pada hari ini melampau,
binatang lihat mereka,
hendak mahu kembali pada asalnya.
Sunday, November 23, 2014
Mereka berbisik depanku.
Lihat seorang bapa memimpin anaknya untuk solat. Aku lihat anaknya adalah anak yang istimewa yang dimemahami apa itu dunia dan mungkin tahu apa itu akhirat. Anaknya hanya bisu tanpa kata apa-apa atau melawan. Mungkin dia kenal siapa tuhannya. Sebelum memulakan solat, bapanya membisik.
"Wahai anakku, engkau sujudlah pada tuhanmu Allah walaupun engkau adalah anak istimewa pada pandangan orang lain tapi engkau adalah hamba yang istimewa bagiNya. Lafazkanlah Allahuakbar."
Mereka berbisik depanku.
"Allahuakbar" dengan cara pelat dia menyebutnya

Friday, October 31, 2014
Saturday, October 18, 2014
10 Oktober 2014 : Aku terima nikahnya
"Amirul Afifi bin Ahmad Azan"
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Zalikha binti Mohd Noor dengan mas kahwinnya RMxxxxxx tunai"
"Sahaja aku terima nikah dengan..."
"Bukan niat brader..Ni lafaz ijab dan kabul"
Ulang semula..
"Aku terima nikah Nur Zalikha binti Mohd Noor dengan mas kahwinnya RMxxxxxx tunai"
"Sah?" Imam menanyakan para saksi.
"Sah!"
"Sah!"
Tuesday, October 7, 2014
Take picture
"Jap!jap! jap! sebelum makan kita take picture jap"
"hhahh?!lapar ni."
"Jap!..Dah sudah"
"Gambar aku?"
"Tak perlu kot."
"Ok..ada mee kat muka,ada sayur kat lubang hidung. Cepat take picture!"
Aminah cuba kembali pada zaman telefon yang membolehkannya untuk membaling anjing.

Sunday, October 5, 2014
Aku seperti manusia berkeliaran dilangit tanpa halangan
Selamat menyambut hari aidiladha kalian.
Tenang tanpa ada apa-apa yang diganggu,
merasa tanpa diusik,
sungguh nyaman,
nyaman yang tak terhingga.
Aku seperti manusia berkeliaran dilangat tanpa halangan.
Jiwa aku diterbangkan dengan alunan dari kugiran Mono,
nyaringan mereka merasa aku lagi puas dengan nyaman ini.
Nyaman.
Menarik nafas,
nafas yang mendahagakan kesegaran.
Aku seperti manusia berkeliaran dilangit tanpa halangan.
Memang susah untuk digambarkan nyaman ini,
esok,
mungkin tidak begini,
mungkin begini,
aku tak tahu.

Wednesday, October 1, 2014
Mui, Ultraman dan Raksasa : Motif mimpi
Suatu malam, Mui cuba tidur dengan tenang. Tapi masih ada mimpi liar yang dihantuinya. Masih lagi mimpi ultraman yang cuba untuk berubah menjadi badut yang kejam. Badut yang hanya gemar pada dunia dia sahaja dan kita tidak susah untuk menilainya dari segi rupa.
Mui menelefon raksasa
"Hai raksasa, you dah tidur?"
"Dah tidur lah Mui.Sibuk sikit malam ni"
Mui tiba-tiba terlintas berfikir apa yang dilakukan oleh raksasa yang menyebabkan dia sibuk.
"Pelik sungguh! apa yang sibuk?"
Raksasa membisu tanpa kata apa-apa. Raksasa hanya merahsiakan sesuatu.
Mui menelefon ultraman. Jawapan sama yang diberinya. Mui berasa pelik. Tapi itu hal mereka dan Mui pun tidak endahkannya. Mui sambung Tidur. Tapi kali ini Mui mimpi raksasa dan ultraman untuk berubah jadi badut yang hendak melacurkan diri pada Mui. Mui tidak boleh tidur.
Mui menelefon raksasa dan ultraman dengan ultraman.
"Hello korang semua! aku tak boleh tidur sebab mimpi kamu berdua!Apa yang kamu sibukkan tu!" dengan nada marahnya.
Ultraman dan raksasa menjawab. "Aku sibuk menghantui diri kau. Sebab engkau, kami tak boleh tidur kerana mimpi kau mimpi yang sama macam aku."

Saturday, September 20, 2014
Kerana babi dan khinzir badan binasa
Sedang aku bertenggek dibesi seperti burung yang sedang berehat, sekumpulan kanak-kanak yang sedang berkejaran sesama sendiri. Aku hanya memerhati sahaja akan mereka. Mereka letih, mereka pun juga bertenggek seperti aku.
Tiba-tiba.
"Wei kawan-kawan, ada siput khinzir.!" Sambil menyentuh cengkerang siput itu.
"Khinzir tu apa wei? Babi ke?"
"Ayookk! Kau cakap babi berdosa"
"Pahal lak?"
"Yela kau cakap babi. Baik kau minta ampun!"
"Otak kau. Babi dan khinzir sama je!"
"Mana ada. Lain!"
Bergaduh pula. Aku hanya menung dan berfikir, apalah sudah terjadi dunia sekarang.

Thursday, September 18, 2014
Hari itu semakin tiba
Jantung aku berdegup,
pantas laju bagai ferrari,
resah,
tidak sabar,
takut,
berdebar,
gembira,
sentiasa sentuh jiwa ini,
aku hanya mengira waktu itu,
semakin dekat dan dekat lagi,
hari itu semakin tiba.
Dup dap dup dap dup dap.
pantas laju bagai ferrari,
resah,
tidak sabar,
takut,
berdebar,
gembira,
sentiasa sentuh jiwa ini,
aku hanya mengira waktu itu,
semakin dekat dan dekat lagi,
hari itu semakin tiba.
Dup dap dup dap dup dap.
Monday, September 15, 2014
Kononnya hak keistimewaan.
Lihat ramai yang hadir untuk bermandi manda. Tidak kira umur. Janji kepuasan. Seorang 'lifeguard' aku hanya memerhati mereka dan sentiasa berwaspada akan mereka. Bukan hati hanya kerana kerja, tapi ikhlas untuk menolong dan menjadi superhero.
Sedang keluar dari bilik staff aku lihat sekumpulan sedang menjerit-jerit mandi. Tapi ada yang tidak kena pada mereka.
"Bro, seluar tracksuit dan seluar pendek dan juga jersi bola ni tak dibenarkan masuk dalam kolam ini. Mintak tukar atau sewe dekat kedai yer."
"Aik! Kenapa pula tak boleh?!" dengan nada yang tinggi dan kening yang hendak menghimpit ke hidung.
Hati aku bersabar. Sudah 4 tahun aku sebagai pekerja sambilan 'lifeguard'. Bermacam-macam karenah mereka bila ditegur. Tapi dari segi konklusi aku rasa orang Malaysia pantang ditegur dan tidak boleh ditegur walaupun benda itu salah atau pun betul. Tapi bila ditegur itu salah, suhu badan hingga meletup dibuatnya. Bila ditegur secara berbahasa yang jelas dan alunan suara yang mendayu juga boleh buat melenting.
"Bro saya tegur secara elok ni. Memang undang-undang kolam ini macam tu. Bro kena pakai pakaian renang."
"Kau tahu aku sape yang kau nak tegur ni?!"
"Bro siapa?"
"Aku orang DBKL. Aku staff situ!"
"So?Bro staff situ bro pangkat tinggi ke? kalau bro anak menteri ke apa, apa nak heran. Undang-undang sini ikut la. Bro pun makan gaji macam saya. So jangan mempergunakan pekerjaan bro tu sebagai ada hak keistimewaan atau kepentingan tertentu. Tak ada keistimewaan apa-apa pun kerja bro tu. Jadi sila naik dan tukar pakaian."
"Aku akan 'complain' pasal engkau.! Tak apa. Jom la kawan, aku dah tak ada mood nak berenang. Balik lah!"
"Bro complain lah. Saya tak takut."
Bila mereka di dalam keadaan yang selesa, mereka cuba mempergunakan kepentingan mereka sendiri. Itu segelintir mereka yang hanya fikir mereka sudah hebat. Aku lihat mereka dengan perasaan marah dan terus beredar dari kolam. Aku hanya menyambung mendengar audio telinga aku.

Sunday, September 7, 2014
Friday, September 5, 2014
Tiba masanya atuk untuk berehat
Dahulunya kami berjalan disekitar bandar klang untuk ke kebun di Meru. Berjalan dikota konkrit yang tinggi ke langit. Tiada sedikit letih. Dia sentiasa membawa aku ke mana sahaja pabila aku pulang ke desa yang bernama Johor. Tak kira di kawasan kampung atau di bandar. Dia mahu cucunya melihat ini lah dunia yang bermacam watak, rupa dan jenis. Jika dia datang ke Kuala Lumpur, dia juga akan bawa aku untuk melihat perbezaan antara manusia dikota dan didesa.
Tapi sekarang sudah berubah. Aku sibuk dengan kerjaya. Dia sudah tidak larat untuk berjalan. Aku bawanya ketaman dan minum. Tapi dia tabah juga untuk berjalan keluar minum pagi teh tarik dengan aku.
Hati yang kuat seorang atuk pada cucunya. Tiba masanya atuk untuk berehat.

Wednesday, August 20, 2014
No money, no talk.
Mungkin waktu begini masa untuk aku bertolak pergi ke tempat kerja. Waktu 9. Sepatutnya aku sudah berada di sana, tapi aku baru mahu bertolak dari rumah. Kesimpulannya sentiasa lewat masuk ke kerja.
Tiap hari aku lihat orang berpusu ke tempat kerja, ke sekolah, ke pasar dan lain-lain tempat. Aku sambil menunggang, sambil aku berfikir. Bila mahu wang yang kita kejar ini hendak mati didunia ini? Bila? Ada manusia yang anggap wang itu tuhan. Sebab wang tidak akan mati hingga akhir zaman. Mungkin? Ada yang anggap tanpa wang kita tidak boleh hidup? Sebab tidak boleh beli itu ini.
Emm.. Satu dunia manusia mencari wang untuk hidup. Apa jadi kalau wang mati didunia ini?
Tiba ke tempat kerja 9.30. Aku capai surat khabar. Jam 11 baru aku mula kerja aku.

Monday, August 11, 2014
Wednesday, July 9, 2014
Tuesday, July 8, 2014
Wanita tua.
"Alhamdulillah" ucap dalam hati setelah tiba tempat aku mencari rezeki.
Mematikan enjin motor aku dan aku duduk sebentar di atas motor. Aku lihat ada seorang wanita tua yang hanya bergantung pada tongkat untuk berjalan. Setapak demi setapak kedepan wanita itu berjalan. Dia memandang ke arah aku dan hanya senyum.
Aku memerhati sahaja dia berjalan.
"Manalah agaknya keluarga dia. Tak bantu dia ke klinik ke?" bisik hati aku. Kerana dibawah pejabat aku ada sebuah klinik yang penuh dengan manusia yang sakit. Majoriti orang tua. Sebelum klinik itu buka mereka sudah beratur panjang.
Wanita tua (tidak mahu melabelkan bangsa apa,semua manusia sama dan kita semua manusia miskin dan kaya akan tua dan mati) itu berjalan dan kaki nya diseret oleh kekuatan badannya sendiri. Dia mahu ke tempat letak kereta yang jauhnya dua puluh tapak kehadapan bagi orang yang sihat.
"Aunty, mari saya tolong aunty naik tangga"
"Thank you anak, aunty sudah tua tak larat"
"Mana kereta aunty?"
"Aunty tak ada kereta. Tunggu teksi saja."
"Yeke. Mana anak aunty?tak bawa aunty pergi klinik?"
"Mereka busy. Dunia sekarang ramai mahu cari duit. Anak aunty tak berhenti cari duit. Sudah kaya mahu kaya lagi, tapi bukan sharing kekayaan. Kaya sendiri. Aunty duduk rumah besar ada 3 hall tapi tak ada senang hati. Duit sekarang manusia anggap itu tuhan. Anak, aunty mahu pesan la. Hidup sederhana, kalau kaya anak jangan makan duit orang lain dan kongsi kekayaan itu pada orang susah. Tuhan akan tolong kita."
Aku terdiam.
"Itu pun teksi sudah sampai, aunty."
"Terima kasih anak tolong aunty. Semoga tuhan tolong anak bila susah."

Wednesday, July 2, 2014
Pre Wedding feel.
Capture by my mom
Idea by otak aku sendiri
Edit by Tangan dan otak aku sendiri
Lokasi di Indonesia ( Jalan-jalan niatnya tapi cuba posing maut )
Tuesday, June 10, 2014
Kehancuran makin tiba
"Aduh sakitnya"
"Apa yang mereka mahukan"
"Kenapa sekalian tidak menjadi seperti kapten planet"
"Banyak aku berikan kebaikan pada sekalian semua. Aku juga yang engkau perlukan."
"Apakah salah aku pada kalian"
"Engkau kerat-kerat aku,potong aku"
"Aku luka. Sakit lagi"
"Manusia makin kejam"
"Kahancuran makin tiba"
Sunday, June 1, 2014
Pemandangan
Terlintas di pemikiran aku,
apa yang aku hendak?
mungkin susah,
bukan kereta mewah,
bukan motor yang besar
bukan wang menggunung,
tapi ada yang aku mahukan,
jawapannya disorok,
jawapannya ada,
tapi kita perlu mencarinya
untuk kita sedar dan mengetahuinya sendiri.
Dalam hati aku mahukan pemandangan,
bukan pemandangan wanita seksi,
wanita bogel,
yang selalu mahu melayan nafsu sendiri atau orang lain,
bukan pemandangan batuan konkrit dikeliling,
yang tinggi dan rendah,
yang selalu dibangga - banggakan,
itu bodoh,
bukan pemandangan segalanya mewah,
konon lebih hebat,
lebih kaya,
lebih hensem dan cantik,
itu karut,
aku mahukan lebih dari itu,
aku masih menyingkap pencarian pemandangan itu.

Monday, May 26, 2014
Friday, May 9, 2014
Monday, May 5, 2014
Esok masih ada
Esok masih ada,
mati esok,
esok masih ada,
hidup esok ,
esok masih ada,
rahsia esok,
esok masih ada,
janji hari ini,
esok masih ada,
mungkin esok tiada,
tapi tetap esok masih ada,
lain hari ini,
lain esok,
esok masih ada,
jahat hari ini,
baik hari ini,
jahat esok,
baik esok,
esok masih ada.
Cerita esok tetap esok masih ada.
mati esok,
esok masih ada,
hidup esok ,
esok masih ada,
rahsia esok,
esok masih ada,
janji hari ini,
esok masih ada,
mungkin esok tiada,
tapi tetap esok masih ada,
lain hari ini,
lain esok,
esok masih ada,
jahat hari ini,
baik hari ini,
jahat esok,
baik esok,
esok masih ada.
Cerita esok tetap esok masih ada.
Sunday, May 4, 2014
Berenang dan perut
"ok! adik nik berenang dekat cikgu 'freestyle'!"
"good!nice swim!"
"alright! next! come to me and swim 'frogkick' ! Just straight your hand, head bubble, and kick your leg!"
"tak boleh la cikgu."
"kenapa tak boleh?"
"tengok perut saya cikgu."
"kamu sakit perut ke? cepat renang!"
"bukan cikgu."
Dia seorang pelajar india. Tiba-tiba muka dia berkerut tidak keruan dan sambil menyapu tangannya diperut.
"Abis tu apa?kamu takut berenang ke? kamu kan sudah boleh berenang"
"saya tahu. Tapi...."
"Tapi apa?"
"Tapi saya lapar sebenarnya cikgu"
"hhmmm..."
Sedang berenang boleh ada perasaan lapar yang dialami pelajar aku itu.

Friday, April 25, 2014
Tiada yang sempurna
Bila di dalami akan rasa tenang,
bila difahami akan rasa dekat,
bila dikasihi akan rasa sayang,
cuba mencapai matlamat kita dijadikan sebagai manusia,
aku makin memahami tapi aku harus belajar lagi,
kadang kala ada yang menghasut,
bila terjebak aku melupai diri,
kadang kala dapat mengelak,
aku amat sayang akan diri,
seperti bunga yang hendak mengembang,
dimana ada kelopaknya yang rosak,
dan ada yang menjadi,
tapi akhirnya akan layu dan mati dengan sempurna,
tiada yang sempurna.

Thursday, April 17, 2014
Sunday, April 13, 2014
Open Mind
"Buka minda bukan hanya untuk melihat, tapi mendengarnya, merasakannya, dan berfikirlah dengan akal."
Monday, April 7, 2014
Ini adalah satu ujian
Semangat yang selama ini telah hilang,
rasa kosong,
rasa tepu,
rasa mahu lari dari segalanya,
tapi aku harus teruskan,
walauapa yang datang,
tabahkan hati,
kuatkan iman dan berdoa padaNya,
Ini adalah ujian.
rasa kosong,
rasa tepu,
rasa mahu lari dari segalanya,
tapi aku harus teruskan,
walauapa yang datang,
tabahkan hati,
kuatkan iman dan berdoa padaNya,
Ini adalah ujian.
Tuesday, April 1, 2014
Monday, March 10, 2014
Thursday, February 13, 2014
Ya Allah!
Masih aku di sini,
masih jauh lagi hendak lalui,
ini permulaan,
berikan lah kekuatan,
untuk menempuh semua ini,
permudahkanlah segala nya.
Ya Allah!
masih jauh lagi hendak lalui,
ini permulaan,
berikan lah kekuatan,
untuk menempuh semua ini,
permudahkanlah segala nya.
Ya Allah!
Sunday, February 2, 2014
Saban hari, bulan dan tahun.
Aku lihat saban hari,
saban bulan,
saban tahun,
semakin kucar kacir,
angkara penyangak,
isi perut hujung tanduk,
isi poket tampal bocor,
kerana kau kami dapat susah.
saban bulan,
saban tahun,
semakin kucar kacir,
angkara penyangak,
isi perut hujung tanduk,
isi poket tampal bocor,
kerana kau kami dapat susah.
Thursday, January 30, 2014
Minilicious Bridal : Dekorasi pelamin
Memerlukan perkhidmatan pelamin untuk bernikah, bertunang atau bersanding hubungi kami dengan segera seperti yang di jelaskan pada gambar di atas.
Sila ke facebook kami untuk melihat pelbagai dekorasi yang kami ada dan 'like' page kami di facebook.
Facebook : Minilicious Bridal
Sila ke facebook kami untuk melihat pelbagai dekorasi yang kami ada dan 'like' page kami di facebook.
Facebook : Minilicious Bridal
Sunday, January 19, 2014
Taubat manusia
Menadah tangan setinggi tingginya,
menitis air mata memohonNya,
dosa hapus cuba meminta,
malu tebal merayu untuk diterima,
aku hanya hamba manusia,
hanya gah saja di dunia,
tapi tidak gah disyurga,
cuba berubah bukan hanya pada kata,
tapi laku untuk elak neraka,
setinggi tinggi untuk berusaha.
Masa didunia bukan lama,
mungkin esok,
lusa sana hanya dimilikiNya,
kita mati tak kenal usia,
mungkin tua atau muda.
Ya Allah tuhan maha kuasa,
di sini hamba malu berkata,
dosa banyak tak terkata,
hanya Engkau sahaja tahu taubat manusia.
Tuesday, January 14, 2014
Maulidur Rasul 1435
Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w,mengingati perjuangan untuk menegakkan Islam dan amalkan setiap sunnah yang diamalkan. Sentiasa berselawat setiap detik saat, tidak kira tempat dan waktu dan amalkan setiap hari. In Sha Allah.
Wednesday, January 8, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)