Monday, September 15, 2014

Kononnya hak keistimewaan.

Lihat ramai yang hadir untuk bermandi manda. Tidak kira umur. Janji kepuasan. Seorang 'lifeguard' aku hanya memerhati mereka dan sentiasa berwaspada akan mereka. Bukan hati hanya kerana kerja, tapi ikhlas untuk menolong dan menjadi superhero.

Sedang keluar dari bilik staff aku lihat sekumpulan sedang menjerit-jerit mandi. Tapi ada yang tidak kena pada mereka.

"Bro, seluar tracksuit dan seluar pendek dan juga jersi bola ni tak dibenarkan masuk dalam kolam ini. Mintak tukar atau sewe dekat kedai yer."

"Aik! Kenapa pula tak boleh?!" dengan nada yang tinggi dan kening yang hendak menghimpit ke hidung.

Hati aku bersabar. Sudah 4 tahun aku sebagai pekerja sambilan 'lifeguard'. Bermacam-macam karenah mereka bila ditegur. Tapi dari segi konklusi aku rasa orang Malaysia pantang ditegur dan tidak boleh ditegur walaupun benda itu salah atau pun betul. Tapi bila ditegur itu salah, suhu badan hingga meletup dibuatnya. Bila ditegur secara berbahasa yang jelas dan alunan suara yang mendayu juga boleh buat melenting.

"Bro saya tegur secara elok ni. Memang undang-undang kolam ini macam tu. Bro kena pakai pakaian renang."

"Kau tahu aku sape yang kau nak tegur ni?!"

"Bro siapa?"

"Aku orang DBKL. Aku staff situ!"

"So?Bro staff situ bro pangkat tinggi ke? kalau bro anak menteri ke apa, apa nak heran. Undang-undang sini ikut la. Bro pun makan gaji macam saya. So jangan mempergunakan pekerjaan bro tu sebagai ada hak keistimewaan atau kepentingan tertentu. Tak ada keistimewaan apa-apa pun kerja bro tu. Jadi sila naik dan tukar pakaian."

"Aku akan 'complain' pasal engkau.! Tak apa. Jom la kawan, aku dah tak ada mood nak berenang. Balik lah!"

"Bro complain lah. Saya tak takut."

Bila mereka di dalam keadaan yang selesa, mereka cuba mempergunakan kepentingan mereka sendiri. Itu segelintir mereka yang hanya fikir mereka sudah hebat. Aku lihat mereka dengan perasaan marah dan terus beredar dari kolam. Aku hanya menyambung mendengar audio telinga aku.

8 comments:

  1. Manusia. Biasanya ada pangkat, kedudukan.. suka sangat gunakan. terutama waktu waktu yang perlukan mereka hak istimewa :)

    ReplyDelete
  2. ish ish ish. Manusia alpa bila berpangkat dan punya nama.

    ReplyDelete
  3. pelik betol minded macam tu. keje tempat lain berlagak kat tempat lain. mati nanti kambus dalam tanah jugak .grrr

    http://hati-qaseh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ada ke patut macam tu...berlagak betul..

    ReplyDelete
  5. Hai ..Salam Kenal ..SInggah dari KBBA ..Done Follow sini
    Jemput singgah http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Salute krn awk dh mnjalankan
    tanggungjawab sbg pekerja..
    attitude manusia ni mcm2 kan..
    Bsabar..
    Salam ukhwah..
    Dtg Dr KBBA
    Done follow#2906
    Jemput singgah blg sy..

    ReplyDelete
  7. tahniah bro.. mmg biasa manusia mcm tu..

    ReplyDelete