Tuesday, July 8, 2014

Wanita tua.

"Alhamdulillah" ucap dalam hati setelah tiba tempat aku mencari rezeki.

Mematikan enjin motor aku dan aku duduk sebentar di atas motor. Aku lihat ada seorang wanita tua yang hanya bergantung pada tongkat untuk berjalan. Setapak demi setapak kedepan wanita itu berjalan. Dia memandang ke arah aku dan hanya senyum.

Aku memerhati sahaja dia berjalan.

"Manalah agaknya keluarga dia. Tak bantu dia ke klinik ke?" bisik hati aku. Kerana dibawah pejabat aku ada sebuah klinik yang penuh dengan manusia yang sakit. Majoriti orang tua. Sebelum klinik itu buka mereka sudah beratur panjang.

Wanita tua (tidak mahu melabelkan bangsa apa,semua manusia sama dan kita semua manusia miskin dan kaya akan tua dan mati) itu berjalan dan kaki nya diseret oleh kekuatan badannya sendiri. Dia mahu ke tempat letak kereta yang jauhnya dua puluh tapak kehadapan bagi orang yang sihat.

"Aunty, mari saya tolong aunty naik tangga"
"Thank you anak, aunty sudah tua tak larat"
"Mana kereta aunty?"
"Aunty tak ada kereta. Tunggu teksi saja."
"Yeke. Mana anak aunty?tak bawa aunty pergi klinik?"
"Mereka busy. Dunia sekarang ramai mahu cari duit. Anak aunty tak berhenti cari duit. Sudah kaya mahu kaya lagi, tapi bukan sharing kekayaan. Kaya sendiri. Aunty duduk rumah besar ada 3 hall tapi tak ada senang hati. Duit sekarang manusia anggap itu tuhan. Anak, aunty mahu pesan la. Hidup sederhana, kalau kaya anak jangan makan duit orang lain dan kongsi kekayaan itu pada orang susah. Tuhan akan tolong kita."

Aku terdiam.

"Itu pun teksi sudah sampai, aunty."
"Terima kasih anak tolong aunty. Semoga tuhan tolong anak bila susah."




5 comments:

  1. (T.T) *wipe tears. Jangan hambakan diri pada duit. wuwuwu.
    Nice one.

    ReplyDelete
  2. kesian aunty tu... baguslah dpt tolong dia :)

    ReplyDelete
  3. ya ,, sekarang banyak orang yang bertuhankan wang ,,, semoga kita dijauhi daripada sifat itu ,,

    ReplyDelete
  4. Duit bukan segalanya tapi srgalanya mengunakan duit.. Walaupun nak membuang...huhu.sedihkan hidup zaman sekarang... Semua orang kejar duit.. Bagi akak hidup biarlah bersederhana.cukup makan pakai dan tempat tingal.. Kerana bila kita mati satupun kita tak bawa kecuali amalan dannkadih sayang.. Bila keluarga sayangkan kita pasti mereka akn sentiasa mendoakan kita.. K salam perkenalan k.mila

    ReplyDelete