Sunday, June 1, 2014

Pemandangan

Terlintas di pemikiran aku,
apa yang aku hendak?
mungkin susah,
bukan kereta mewah,
bukan motor yang besar
bukan wang menggunung,
tapi ada yang aku mahukan,
jawapannya disorok,
jawapannya ada,
tapi kita perlu mencarinya
untuk kita sedar dan mengetahuinya sendiri.

Dalam hati aku mahukan pemandangan,
bukan pemandangan wanita seksi,
wanita bogel,
yang selalu mahu melayan nafsu sendiri atau orang lain,
bukan pemandangan batuan konkrit dikeliling,
yang tinggi dan rendah,
yang selalu dibangga - banggakan,
itu bodoh,
bukan pemandangan segalanya mewah,
konon lebih hebat,
lebih kaya,
lebih hensem dan cantik,
itu karut,
aku mahukan lebih dari itu,
aku masih menyingkap pencarian pemandangan itu.




1 comment: