Suatu malam, Mui cuba tidur dengan tenang. Tapi masih ada mimpi liar yang dihantuinya. Masih lagi mimpi ultraman yang cuba untuk berubah menjadi badut yang kejam. Badut yang hanya gemar pada dunia dia sahaja dan kita tidak susah untuk menilainya dari segi rupa.
Mui menelefon raksasa
"Hai raksasa, you dah tidur?"
"Dah tidur lah Mui.Sibuk sikit malam ni"
Mui tiba-tiba terlintas berfikir apa yang dilakukan oleh raksasa yang menyebabkan dia sibuk.
"Pelik sungguh! apa yang sibuk?"
Raksasa membisu tanpa kata apa-apa. Raksasa hanya merahsiakan sesuatu.
Mui menelefon ultraman. Jawapan sama yang diberinya. Mui berasa pelik. Tapi itu hal mereka dan Mui pun tidak endahkannya. Mui sambung Tidur. Tapi kali ini Mui mimpi raksasa dan ultraman untuk berubah jadi badut yang hendak melacurkan diri pada Mui. Mui tidak boleh tidur.
Mui menelefon raksasa dan ultraman dengan ultraman.
"Hello korang semua! aku tak boleh tidur sebab mimpi kamu berdua!Apa yang kamu sibukkan tu!" dengan nada marahnya.
Ultraman dan raksasa menjawab. "Aku sibuk menghantui diri kau. Sebab engkau, kami tak boleh tidur kerana mimpi kau mimpi yang sama macam aku."
No comments:
Post a Comment