Hello There!

Wednesday, August 1, 2012

Sebenar apa?

Menekap muka bersama kedua belah tangan,
yang hanya lihat disebalik,
tidak seluas kita lihat,
tapi masih mampu untuk melihat,
walau sebesar kuman,
sebenar apa yang aku fikirkan?

Seperti berada di tengah jalan,
tengah jalan yang sesak,
penuh dengan kesatuan penghuni besi.

Sebenar apa yang aku inginkan?
sukar untuk menjangkakan,
sukar untuk membuat pilihan,
batu atau kapas,
air atau api,
atau kedua-dua.

Pokok yang tumbuh,
juga ada banyak cabangnya,
aku harus pilih,
mana cabang yang boleh aku berpaut,
itu yang terbaik untuk berpaut,

Sebenar apa yang aku fikirkan?
Mana pilihannya?
Sebenar apa yang aku inginkan?

3 comments:

  1. sebenarnya aku nak baju free seketul

    ReplyDelete
  2. sebenarnya aku pun tak tahu nak komen ape.. haha..

    tapi betul memang susah nak buat pilihan yang betul2.. perlukan keyakinan dan keberanian :)

    ReplyDelete