Thursday, August 9, 2012

Aku dah cuba

Aku tak mampu memberinya,
tak mampu untuk menunaikannya,
aku dah cuba,
tapi akan aku cuba hingga akhir hayat aku,
titisan air mata yang dikesat,
mungkin tidak boleh digantikan dengan lain.

Aku jadikan engkau ruang udara aku,
bila dibelakang,
engkau berada di hadapan aku,
bila aku di hadapan,
engkau berada di sisi kiri kanan aku,
aku akan sentiasa melampirkan bahuku,
untuk kepala mu berlabuh.

Aku tak mampu memberinya,
tak mampu untuk menunaikannya,
aku dah cuba,
tapi akan aku cuba hingga akhir hayat aku,
aku masih begini gagal untuk kau,
tapi engkau tetap berlabuh kepala mu.

Gelas yang pecah berderai,
sukar untuk cantumkan nya,
kerana aku memecahkannya,
maaf.

Maaf.

Maaf.

1 comment: