Monday, July 23, 2012

Apa you buat dalam kereta ini?

Sedang riang mendengar lagu yang berkumandang di ceruk speaker kereta ini, terbunyi ketukan dari cermin. Aku lihat seorang mak cik india mengetuk pintu kereta aku ini. Mukanya seperti amat gelisah dan juga seperti marah. Aku hanya membuka tingkap kereta.

"Adik! adik! apa you buat dalam kereta ini?"
"Apasal auntie? apa salah saya?"
"You ni ar.. memamg mahu kena you ni.."
"Apa ni auntie..!"
"Guard! guard! tangkap ini budak! tangkap ini budak!"

Jeritan yang amat kuat dari peti suara mak cik india. Aku berasa pelik. Apa yang aku buat selama ini? Aku ada buat salah? Aku menanyakan soalan yang sama pada mak cik india ini.

"Apa auntie! apa salah saya?"
"Guard tangkap ini budak! Ini budak banyak kurang ajar!"
"apahal lak pulak! jangan buat saya marah auntie!"
"Ini budak banyak jahat, sebab ini budak mahu rompak kereta saya.."
"huhh!!! auntie pergi tengok nombor plat! ini kereta saya!"

Tangan aku di genggam oleh guard yang dipanggil mak cik india ini. Guard itu pun melepaskan tangan aku dan melihat nombor plat kereta ini. Mak cik india ini pun bergerak ke belakang kereta dan melihatnya. Dia terperanjat.

"Adik banyak sorry la dekat auntie.. auntie banyak salah.. Kereta adik sama macam auntie, warna pun sama. Auntie tarak tengok nombor plat la.. kereta auntie sebelah saja...heee"

"Perghhh!"

7 comments: