Di sebalik bangunan ini aku menunggu seseorang. Aku menunggu tanpa ada perasaan letih dan sambil hati riang menjamah seplastik keropok lekor yang agak bergetah di mulut.
Aku duduk menunggu di tirai pegangan besi yang usang di mamah usia seperti ayam yang mahu berkokok bersebelahan dengan manusia - manusia penempatan di situ keluar masuk. Kedengaran bunyi enjin bas berhenti untuk menurunkan anak-anak sekolah untuk pulang ke rumah.
Terdapat sekumpulan kanak-kanak yang menurun untuk pulang kerumah. Aku lihat berebut kanak-kanak ini untuk pulang ke rumah.
"weh!mak aku petang-petang tak ada dekat rumah.. jom kita pergi main jom!"
"main apa?"
"mak aku pun sama tak ada dekat rumah. Mak aku selalu pergi jogging petang macam ni."
Aku dengar perbualan mereka semasa mereka hendak menuruni tangga.
"jom la pergi main sebelum mak aku balik"
"yela, nak main apa?"
"mak kau pergi mana petang macam ni?"
"mak aku pergi menari poco-poco lah dekat dewan bandar tun razak tu."
"nak main poco-poco ke??apa tu?"
"aah, apa tu poco-poco? main hantu-hantu ke tu?"
"ala macam menari tu"
"hantu menari?"
"menari macam mana?"
Aku lihat kanak-kanak itu menari poco-poco dengan riang untuk tunjuk pada kawan mereka dan kanak-kanak itu mengajar pada kawan-kawannya lain. Mereka menari sehingga di hadapan rumah mereka.
"weh! kau ingat tau step menari yang aku ajar!"
"iye aku ingat."
"kita main esok je la.. esok kita main poco-poco ok!"
aku pun tak pernah menari poco poco
ReplyDeleteem.. poco-poco.. rasanya lagi elok men zapin hehe
ReplyDelete