Wednesday, July 29, 2015

Isu nasi lemak telur suku dan sebiji telur

Tekak rasa mahu telan nasi lemak.

"Makcik nasi lemak biasa 1 dan letak sikit sambal petai"

"Adik ambil polistren ni tuang sendiri. Akak tengah sibuk ada customer makan sini."

"Aik..!Ok lah. Saya ambil sendiri."

Aku lihat pelanggan makcik jual nasi lemak ini hanya seorang saja. Tapi hati aku boleh memahami bagaimana hendak melayan seorang sahaja pelanggan. Aku pun cedok nasi lemak dan tuang sedikit sambal, timun dan mengambil bahagian kecil suku dari pada setengah telur rebus itu.

"Makcik! kira berapa?"

"Kejap yer dik"

Dalam hati aku hanya ada kesabaran.

"Hmm.."

"Semua sekali 3 ringgit saja dik!"

"Aik! Macam ni punya harga makcik?! Telur dah la suku je makcik dan sambal.. tu je. Customer makcik tu telur goreng pun 3 ringgit!sebiji telur lak tu! Makcik tau tak sebijik telur dan suku telur yang saya ambil ni! tak kan harganya sama.!"

"Maaf yer dik 2 ringgit je dik" Sambil tersengeh bodoh depan aku.

"Makcik lain kali nak berniaga biar betul ikhlas dan telus. Main petik je harga. Ingat bodoh kah kami ni makcik!"

"Maaf yer dik. Mak cik minta maaf"


9 comments:

  1. mujur awk berani menjawab..suka2 je kn nk ltk harga,adeh la

    ReplyDelete
  2. nasi lemak apa 3 ringgit ? dia bukak kedai kat Pavilion agaknya. sabar jela.

    ReplyDelete
  3. Hurm... meniaga nasi lemak pun nak pilih bulu.
    Tu sumer yang tak bertahan lama tu

    ReplyDelete
  4. pehpeh, nak naikkan harga dekat orang yang salah ye. sekali kena sound.

    ReplyDelete
  5. bagus awak ni, peka, kalau CP, CP dah bayar dah, haha

    ReplyDelete
  6. errrrkkk salah kira rupanya



    Dulu-dulu takut nak makan telur lepas bersalin. Orang tua-tua kata nanti bernanah MANFAAT MAKAN TELUR

    ReplyDelete