Thursday, August 13, 2015

Orang buta menjual tisu

Aku lihat seorang makcik memimpin bersama kawannya atau keluarga yang buta menjual tisu disetiap restoran dan dimeja-meja orang sedang makan.

Tanpa berkata apa-apa, mereka hanya menghulur tisu pada orang ramai dan ramai yang memberi duit seringgit. Ada yang hanya memberinya seringgit.Katanya sedekah. Ada yang memberinya seringgit. Katanya membeli.

Makcik buta dan makcik yang memimpinnya sepanjang jalan hanya menerima sahaja seringgit itu dengan kata terima kasih kerana sedekah dan terima kasih kerana membeli. Di dalam hati aku berbisik.

"berapa agaknya makcik ni dapat duit dalam satu hari? Mudah sungguh makcik buta itu mendapat wang."

Adakah disebabkan dia buta ramai yang simpati? Adakah orang ramai memang ikhlas untuk mendermanya? Adakah sebab memang memerlukan tisu pada situasi tengah makan?

Situasi aku yang menjual tisu.

"Kak tisu kak...saya tak buta, saya jujur sihat dan sempurna semua. Tak kisah lah akak nak derma pada saya atau nak beli tisu saya. Saya jujur kak jual tisu ni"

Akak tersebut lihat atas bawah dengan pakaian aku yang sempurna, celik pada mata dan sihat tubuh badan aku.

"Tak pelah dik. Terima kasih."

Aku pergi ke meja lain dan restoran lain, tetapi pandangan mereka tidak seperti orang yang buta menjual tisu. Walau dengan kejujuran susah untuk mendapat simpati pada orang lain. Pendapatan kejujuran dan kesempurnaan aku pada hari ini hanya menjual tisu hanyalah lima ringgit sahaja.



9 comments:

  1. Ma sha Allah..mungkin lebih kepada simpati..

    ReplyDelete
  2. hmmm tak boleh la, sedih.... btw, siap follow. suka blog ni.

    ReplyDelete
  3. Ternyata ketidaksempurnaan seseorang itu kadangkala suatu kelebihan pada mereka jika dibandingkan dengan insan yang lebih sempurna daripada mereka. Dan setiap kejujuran kita tak terbayar dengan wang ringgit.

    ReplyDelete
  4. org celik sesuai dgn pekerjaan org2 yg celik lagi sempurna angggota badan. Cuba adik berlakon buta pula tengok result dari simpati org ramai ..camner pula.

    ReplyDelete
  5. Bimbang kesan jangka panjang pengambilan Paracetamol atau painkiller secara berterusan disebabkan MIGRAIN? Ikuti tips....TIPS MENGURANGKAN MIGRAIN SECARA SEMULAJADI

    ReplyDelete
  6. nikmat penglihatan dia ALLAH dah tarik tapi ALLAH beri dia kelebihan simpati orang, orang beli pun bukan sebab perlukan tisu, tapi sebab memang nak bagi, kalau dia menipu sekalipun tu urusan dia dengan ALLAH, bukan urusan kita dah...

    :)

    singgah sini baca entry

    ReplyDelete
  7. sekurang-kurang dia jual barang bukan minta sedekah je kan.

    ReplyDelete
  8. Serius ke buat tu? Orang lebih memandang atas dasar simpati berbanding kejujuran.

    ReplyDelete