Thursday, July 2, 2015

Nyawa di hujung tanduk

Tegak berdiri.

Aku terasa berpusing dan dikelilingi dengan suasana putih. Walaupun aku sudah membuka mata sebesar bola golf. Sekeliling aku tetap putih. Aku lihat tapak kaki. Aku berdiri di suatu tempat yang tinggi. Ruang nya hanya sebesar katil permaisuri.

"Aku dimana!?"

"Dimana aku!?"

Aku pandang ke bawah tempat aku berdiri sungguh tinggi. Terlalu tinggi tak terhingga. Tingginya manusia tidak boleh dibina.

Aku berasa pening dan keliru kerana keliling aku hanya putih. Tiada permandangan. Aku toleh kebelakang terdapat satu katil berdiri teguh.

Aku memicit tilam katil tersebut terasa lembut dan empuk. Seperti kapas yang dikumpul seperti awan dan baring di atasnya. Aku hanya merebahkan diri aku di atas katil. Takut dan keliru teramat sangat.

Mata aku menjadi kabur. Kabur dari apa-apa pandangan. Aku menggosokkan mata aku sehingga rabak tapi masih tidak boleh kelihatan. Tiba-tiba berdiri kelibat hitam didepan dengan membawa sebatang kayu yang hujungnya seperti ada pisau.

"Siapa kau!Tolong!?"

Kaki aku kaku. Aku terasa seperti tidak boleh bernafas.  Kelibat hitam itu seperti ada kuasa menarik sesuatu dari jasad aku. Terasa dari sehinggalah ke dada. Pabila tiba dihujung hidung aku cuba meronta.
Sakit dan tidak boleh berkata apa-apa, apatah lagi untuk meminta tolong. Tiada siapa untuk menolong aku.
Aku merasa seperti roh aku hendak berpisah dengan jasad. Aku takut.

Aku rasa lenyap dari jasad dan aku terus sedar dari jagaan tidur aku dan nafas aku laju seperti berlari sekuat hati.Roh aku masih dijasad. Air mata serta merta.

"husband mimpi buruk ke tadi?" pertanyaan dari si isteri.

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah)."

8 comments:

  1. uuh. meremang bulu roma baca. istighfar banyak2. In Sha Allah, peringatan ttg kematian tu akan lebih mematangkan kita, plus, mengingati mati adalah perkara yang bijaksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. before this ada juga mimpi kematian juga

      Delete
    2. banyakkan istighfar. *tak boleh nak komen byk takut melencong plak faktanya. maybe boleh tanya yg lebih pakar. sbb kalau nak kata mainan syaitan, semua dah kena kurung. maybe health problem ke, traumatic condition ke, anyhoo, get well. In Sha Allah takde apa2. byk doa pada Allah :)

      Delete
  2. seramnya mimpi kau weh.. haihh... aku penah gak mimpi
    tapi mimpi dia pasal kiamat.

    ReplyDelete
  3. ni mimpi betul-betul ke? serious seram

    ReplyDelete
  4. nice writing, tak semua yg berpeluang kena uji macam kat atas, kalau dpt mimpi mcm ni antara yang bertuah diingatkan oleh Allah :)

    ReplyDelete