Hello There!

Tuesday, May 15, 2012

Aku sebagai cikgu renang


Setahun berbaki setengah tahun untuk dua tahun sebagai pengajar separuh masa. Aku tidak serik dengan generasi yang datang. Aku mengajar generasi dengan kesabaran. Merengek, menjerit, menangis, nakal adalah kanak-kanak. "Cikgu tengok saya renang!" teriak pelajar aku. Aku lihat dan tertawa kerana telatahnya. Ada aku marah, melenting, menengking tapi aku tetap sayang mereka.

"Renang!!" teriak aku.
"Kalau tak mahu renang cikgu lemaskan!" teriak aku lagi.
Mereka teresak-esak. Mereka yang merengek, menangis, takut pada air untuk renang akan aku lemaskan. Tidak kira jantina. Aku tetap lemaskan. Itu caranya untuk aku mengajar.

Setelah sekian lama mengajar, mereka berani dan tidak henti untuk berenang. Aku melihat setiap saat dan detik generasi ini untuk berjaya.

"Jom ikut cikgu main lompat-lompat kat papan anjal" ajakan aku pada mereka untuk berseronok.

Pada mulanya memang terasa kepayahan seperti membuka skru yang ketat. Tapi lama kelamaan dan dengan cara yang betul ia akan tetap longgar untuk membukanya. Dari 'zero ke hero'. Aku sebagai cikgu renang.

*Aku sentiasa di kompleks renang cheras mengajar renang.Boleh register belajar renang di sana.

4 comments:

  1. wah jadi cikgu renang!hurm nak belajar berenang :( sampai skg xreti berenang.

    ReplyDelete
  2. ikapy, aku pn nk belajar berenang

    ReplyDelete
  3. Halo..boleh bagi contact no, saya nak tanya detail itu kelas renang

    ReplyDelete