Hello There!

Sunday, April 22, 2012

Katil dan tilam yang empuk

Pada mulanya aku berada di dunia mimpi.

Aku tiba-tiba di hempap dengan kek lapis yang sedap dan lazat dan aku berada di tengah-tengah kek tersebut. Aku cuba melepaskan diri tetapi aku seperti diikat dengan ketat. Aku cuba ke kiri ke kanan tapi gagal. Aku di hempap lagi.

Susah.

Kelihatan rakan-rakan rapat membuat muka yang jelik di hadapan aku. Aku meminta tolong.

Jelik sungguh!jelik sungguh!

Mereka masih mengejek aku dengan muka yang jelik. Aku dihempap dengan kuat. Ada sekumpulan kanak-kanak yang melompat-lompat di atas kek yang menghempap aku.

Lompat dengan tinggi. Seperti lompat di atas tilam yang empuk. Seronok mereka melompat tanpa menyedari aku di tengah-tengah yang sedang di hempap oleh kek itu.

Seorang kanak-kanak terjatuh dan bergesel dengan muka aku. Sakit.

Aku tersedar dari dunia mimpi yang aku terjatuh dari katil dan tidur di bawah katil. Gelak sendirian.

3 comments: