Hello There!

Sunday, February 20, 2011

Sempat

Aku berjalan terlihat kanak-kanak meminta bapanya ais krim. Tetapi aku hanya endah dengan situasi dan terus melulu. Paradikma pada diri yang membuak-buak pada diri beta menjadi konsonan yang aku sebut tidak benar.

Jalan pelangi yang mengiringi di setiap jejak aku kedepan. Tupai gedang berlompat mencari tempat tinggal untuk kekasihnya yang ingin melahirkan anak mereka. Kekasihnya adalah seekor kucing yang berbulu tebal yang menutupi matanya. Mereka telah membuat mataku terbeliak sepanjang perjalanan.

Kaki aku putus kerana berjalan tanpa henti.
Tapak mula haus dan harus menukarkan kepada bunga dunlop. Kepala terjulur kehadapan meminta pertolongan untuk mengheret aku kehadapan. Tangan terkapai-kapai. Tolong!

Aku mula hilang liang-liang pernafasan. Tolong! Adakah aku sempat untuk kedestinasinya?



1 comment: