Hello There!

Monday, February 14, 2011

Sekeliling

Membahang yang dikatakan panas,
menguapkan yang dikatakan sejuk.
Ia berubah sentiasa tanpa dipaksa atau dikata,
aliran yang dilalu pada masa.
Disingkap lalu mengerti jiwa,
itu pengaruh persekitaran kita,
silap atau benar pilihan diri jua.

Apa yang dicari,
untuk mengerti diri,
apa yang dirasa,
untuk membicara.

Mewarnai aku disebalik dinding,
menjatuhkan dicelah-celah hening.

Ya!
Itulah yang menjadi jalan cerita,
itulah yang menjadi perbualan sekeliling kita.
Yang pejam sentiasa pergi,
yang celik menjadi-jadi.

Suara anak kecil menangis,
ibuayah bermuka bengis,
bersuara berkata sinis,
lagi menangis,
durjana datang menepis-nepis.

Buka mata,
buka telinga,
mengguna minda,
fikir seluasnya.

Kaki biar dijalankan,tangan biar digerakkan, mata biar dicelikkan, minda biar luas dipandangkan.

3 comments:

  1. yup..i buat..
    semua dalam blog ni..
    original i buat..
    thanks yer..

    ReplyDelete