Hello There!

Tuesday, February 15, 2011

Menjatuhkan




Tungkus lumus mencari nasi dan disanjung tinggi. Tetapi dirobohkan oleh orang-orang yang keji dan kejam. Mencari dengan titik peluh yang amat berharga setiap titisannya. Dihina, dipadamkan tanpa disedari. Kosong pada diri setelah dijatuhkan. Hanya mampu tersujud dibumi dan bersabar dengan dugaan. Hanya mampu terima sesuap nasi tetapi hati sentiasa tabah menerima. Itulah rezeki yang ada.

Bila memenangi sebuah emas, ada yang menjadi syaitan. Dunia yang terang menjadi gelita. Apabila terpadamnya sebuah lilin, baru hendak menghidupkan lilin yang baru. Apa gunanya! Itulah permainan manusia yang tidak berotak! Seperti binatang kehilangan anak. Di dalam diri yang derita kesepian dan keseorangan, tiada yang memahami.

Usaha diperoleh ditingkatkan, kejayaan diimpikan disahutkan, kekalahan diterima ditabahkan.

1 comment: