Hello There!

Monday, January 17, 2011

Ting tong




Telinga kiri dan kanan mengalirnya alunan dentuman nirvana. Kepala mengangguk seperti betul. Arghh!! Aku penat untuk memicit-micit minda yang layu dan sayu ini.
Badan dengan berbau sehingga layu-layu nya oksigen segar diluar. Mata kuyu menghitamkan kelopak mata. Aku tidak mampu untuk membuat apa-apa. Aku merasakan tidak ada apa-apa pada hati aku. Seperti kotak kosong yang didalam nya tiada apa-apa jisim yang disimpan.

Wahai nirvana kau membingitkan gelombang-gelombang yang aku cari. Jiwa memabukkan. Jiwa seperti disuntik dengan dadah. Diri berputar-putar apa yang telah jadi pada diri ini. Disekeliling aku sibuk memasukkan benang ke jarum. Tetapi aku masih lagi menghisap dihujung benang.

Pening!!

Apabila aku tercekik, tersedak ikan bilis. Aku hanya senyum dan ketawa.
Apabila hati aku di geletek dan hati aku geli. Aku hanya sedih dan menangis.

5 comments:

  1. org sastera je blh paham ni.. aku x paham.. haHa

    ReplyDelete
  2. hee, suke la gmbau di atas..ajar leh tak, cara nak edit gambar kaler macam tu?? pls..nak google, tpi tak tau ape name nye.. -_-"

    ReplyDelete