Monday, January 31, 2011

Makan

Makan piza.
Makan lagi,
makan dan makan lagi.
Sepotong dan seteguk,
dua potong dan seteguk.
Perut membesar seperti dua manusia.

Bukan hidup untuk makan,
tetapi makan untuk hidup.

Sunday, January 30, 2011

Malas


jari bergerak tanpa had laju,
hati semakin bernafsu,
kaki menegang hingga ke kuku,
kepala berdenyut berpadu.

Hari menyejukkan.



Mata lesu,
berat badan meningkat,
fikiran diberhentikan.
Kekiri kekanan,
sama sahaja.

Aku dijangkit oleh penyakit,
yang amat sakit dan perit.
Ia membawa maut jika tidak dikawal.

Bangun,
sedar,
aku akan usaha.

Saturday, January 29, 2011

K.A.C.A - Design Logo

Aku telah memperjelaskan segela idea-idea yang perlu diberi. Aku diangkat sebagai manusia berteknologi untuk membawa idea-idea pertubuhan di KLIUC Architecture. Aku mengharap rakan-rakan seperjuangan dapat bekerjasama dalam idea-idea ini.

Friday, January 28, 2011

Social Distortion - Don't Take Me for Granted



Viva Social Distortion!
List band for this week!

Thursday, January 27, 2011

Menarik waktu

Bergelak dibelakang kelas dengan kuat

Habis cikgu mengajar melepak dibelakang kelas sambil nyanyi ramai-ramai "where have all the bootboys gone?" dari A.C.A.B

Bergusti sesama sendiri

Kawan lama yang diingati oleh aku tiba-tiba berputar-putar di fikiran aku. Perlakuan yang lama dingiang-ngiang kembali. Memang hati disentap kerinduan bila diingati dan ingin menarik waktu sesaat yang pernah lakukan.

Itu hanya adalah cerita bagi hidup aku dan filem hidup aku yang telah dimainkan.

Wednesday, January 26, 2011

Human fly

Banyak yang hinggap di tempat-tempat yang najis. Mereka sukakan nya. Dibisingi oleh mulut-mulut yang halus dan nyaring. Mereka bukan penghisap darah tetapi menghinggap untuk menjadi batu api dan memberi virus pada semua.

Akan tetapi kita boleh membunuhnya, tetapi ia pantas bertindak jika disedari. Aku tidak takut akan mereka. Mereka adalah golongan yang hina, dicaci dan bernajis. Tindakan mereka kejam sampaikan manusia tidak berdosa dilaga-lagakan. Mereka hanya tahu berterbangan untuk mencurah virus minda.

Berlaku baik pada sesama bersama, akan menjadi bersama sesama.

Friday, January 21, 2011

Kebahagian


Ultraman kehulu ke hilir tanpa arah. Berguling-guling di atas katil.

Raksasa berlompat-lompat seperti hendak terbang. Berlari-lari kesana kesini.

Mui menjerit sekuat hati seperti hendak mengeluarkan anak tekak. Ketawa seperti hati digelikan.

Mereka bersahabat di sebuah bilik yang mereka menyewa secara percuma. Itulah rutin harian mereka setiap hari. Pelik sungguh. Mereka sungguh tidak terkawal didalam diri mereka seperti dirasuk. Ramai yang menolong mereka tidak dapat. Jiran-jiran mereka tidak tahan dengan kelakuan mereka.

Mereka di hantar ke hospital gila dan tinggal di sana. Mengikut analisis kesihatan mereka, mereka hanya ingin mencari kebahagian dan meluahkan perasaan mereka dengan cara dimensi yang berlainan.


Wednesday, January 19, 2011

Love



She is my musician.
And me…
I’m her favorite song.”

Love you!

Tuesday, January 18, 2011

Eddie Vedder - Guaranteed


salah satu lagu kegemaran di dengar dan cerita kegemaran 'into the wild'.
Lirik nya bermakna dan alunan lagunya datang ke hati

Monday, January 17, 2011

Ting tong




Telinga kiri dan kanan mengalirnya alunan dentuman nirvana. Kepala mengangguk seperti betul. Arghh!! Aku penat untuk memicit-micit minda yang layu dan sayu ini.
Badan dengan berbau sehingga layu-layu nya oksigen segar diluar. Mata kuyu menghitamkan kelopak mata. Aku tidak mampu untuk membuat apa-apa. Aku merasakan tidak ada apa-apa pada hati aku. Seperti kotak kosong yang didalam nya tiada apa-apa jisim yang disimpan.

Wahai nirvana kau membingitkan gelombang-gelombang yang aku cari. Jiwa memabukkan. Jiwa seperti disuntik dengan dadah. Diri berputar-putar apa yang telah jadi pada diri ini. Disekeliling aku sibuk memasukkan benang ke jarum. Tetapi aku masih lagi menghisap dihujung benang.

Pening!!

Apabila aku tercekik, tersedak ikan bilis. Aku hanya senyum dan ketawa.
Apabila hati aku di geletek dan hati aku geli. Aku hanya sedih dan menangis.

Sunday, January 16, 2011

Rezeki


Roda berputar tanpa henti. Seperti masa yang berjalan tanpa halangan. Aku di sini merasakan amat jauh dengan cahaya yang patut aku nikmati.

Melihat kekiri kanan sekeliling aku, bermacam-macam mereka nikmati. Jiwa-jiwa yang berkocak seperti api yang marak. Struktur kehidupan dengan kertas yang bernilai menjadi kita rakus mengejar kenikmatan.

Susah satu jiwa yang menjadi kita memberontak dan berserabut memikirkannya. Serpihan-serpihan kaca yang dikutip untuk meneruskan kehidupan. Alunan-alunan denyutan nadi yang disertakan perasaan memang amat kecil. Kecil seperti sekecil zarah-zarah yang berlaga antara sesama sendiri.
Puluhan peluh menitis ke bumi menjadi kita usaha dan bersemangat untuk hidup. Bekerja mencari rezeki yang halal untuk disuap.

Bersabar apa yang ditempuhi. Memikir apa yang untuk dilakukan. Mencuba apa yang kebaikan. Usaha apa yang mementingkan. Berdoa apa yang dihajati.



Friday, January 14, 2011

Nakal di alam manusia



Mata terbuka. "Aku di mana?" tanya ultraman pada hati. Ultraman berjalan-jalan di dunia yang penuh dengan permintaan.
Ultraman terjumpe dengan jin. "Hey ultraman! Engkau bagi apa permintaan kau terhadap aku?! Aku boleh bagi apa saja!tetapi ada syarat, engkau hanya ada 3 permintaan sahaja. Aku berjanji akan tunaikan permintaan yang engkau inginkan itu!" jerit jin pada ultraman. Dalam masa setengah jam ultraman memikir.
"hah!Aku tahu apa yang aku mahu!" ujar si ultraman. Ultraman dengan pantas nya menjawab " pertama!aku mahu kan hidup aku senang. Kedua, aku mahukan jadi pemimpin di dunia ini."
Selepas itu ultraman pun terdiam sambil memikir tawaran yang ketiga. "Apapermintaan ketiga engkau?" tanya jin.
"Baiklah permintaan ketiga aku,sekarang ini aku sedang kelaparan dan penat untuk mencari makanan. Aku mahu diri kau jin jadi makanan yang lazat!"kata ultraman. Jin terkejut dan terpaksa menunaikan permintaan ultraman kerana jin sudah berjanji untuk menunaikannya.
Jin pun menukarkan diri nya menjadi makanan yang sungguh lazat. Kenyang ultraman itu melantak. Dari masa itu ultraman hidup senang dan menjadi pemimpin yang bijak,adil, dan baik hati.

Thursday, January 13, 2011

Lissie - Pursuit of Happiness


Pabila kita suka,kita gembira.Pabila kita gembira,kita ketawa.
Tanya pada diri antara mahu gembira atau sedih.

Wednesday, January 12, 2011

Tuesday, January 11, 2011

Tell me



Apa salah yang telah dilakukan? mencari setiap apa silap yang aku lakukan untuk dibetulkan.
Aku tak tahu.
Tolong katakan apa kesalahan aku.
Hati meronta-ronta seperti hendak menunggu masa melarikan diri dari bom jangka masa yang telah di setkan.
Tidak menyedari melakukan kesalahan. Apa perlu aku buat?
Sedarikan lah diri yang terpaku yang dipaku ini.

Monday, January 10, 2011

Hibur



Aku bukan penghibur,
aku hanya melawak jenaka,
pada teman-teman,
pada manusia sekeliling.

Aku bukan penghibur,
tidak sekali mencari populariti,
hanya menyampai yang terselah diminda,
bukan untuk disita tetapi dikongsi.

Aku bukan penghibur,
setiap hiburan akan dihibur,
sentiasa dihibur oleh penghibur,
penghibur menganggap aku menghibur.

Sunday, January 9, 2011

Pergi dan kembali


Sedih,
marah,
tersentuh,
terluka,

Apa salah aku?!
aku hanya mahu mencapai cita-cita sahaja,
dimarahi.
Apa yang dilakukan ditindas.
Adakah ia hina?
Adakah ia kotor?

Jiwa disimpan,
senyap,
kosong dengan membisu.

Keinginan berkobar-kobar,
muka-muka kemuka,
bermuka bersemuka,
Aku bersabar.

Aku mengharap diberi,
ikhlas diseri,
Memaaf-maafi,
Aku akan pergi dan kembali.

Thursday, January 6, 2011

Sang ultraman




Mui seorang gadis yang periang. Senyuman Mui membolehkan banyak lelaki terpikat. Salah seorang peminatnya adalah sang raksasa. Sang raksasa ini sentiasa memerhatikan Mui dan mengekori Mui. Pada suatu hari, Mui telah keluar bersama-sama ultraman. Sang raksasa amat cemburu sekali. Dengan hati yang kering, sang raksasa menangkap Mui dan membawanya ke planet phatxon. Di situ lah sang raksasa tinggal."aku telah menangkap kau Mui!Sekarang aku akan lebih senantiasa bersama engkau!". Ultraman mencari sang raksasa di planet phatxon. "hey sang raksasa!aku mahu engkau pulang kembalikan Mui pada aku!dia adalah kekasih aku!"menjerit ultraman pada sang raksasa dengan garang. Mereka pun berlawan dengan gagah sekali. Ultraman menjadi lemah dan kalah. Sang raksasa pun membaham dan memakan ultraman dengan enak dan kenyang. Mui menangis dan menanyakan pada sang raksasa " kenapa engkau memakan ultraman kekasih aku?mengapa tidak engkau semadikan atau menanam nya sahaja?". Sang raksasa menjawab " sekarang diri ultraman ada di dalam diri aku sendiri. Kau amat menyayangi ultraman kan?!". Mui menjawab "ya!". Sang raksasa" Kau akan menyayangi diri aku seperti kau merasai menyayangi ultraman". Setelah sebulan sang raksasa hidup dengan bahagia dan gembira kerana Mui telah merasai diri ultraman dan jiwa rohnya ada pada diri sang raksasa.

Wednesday, January 5, 2011

Neon Trees - Animal


Kerakusan kebinatangan disebalik manusia,
mengawal diri dengan sempurna.

Tuesday, January 4, 2011

Not My Cup Of Tea


Venue : MAP KL SOLARIS
Entry : RM18
JAN 8th 2011

Hey Ho!Lets go!

Monday, January 3, 2011

Orang kerdil


Kau bergoyang kaki diudara,
tanpa memikirkan dibawah,
mencari nikmat kepuasan diri,
hanya mementingkan diri.
Kau menggunakan kenikmatan dengan secara bernajis,
menyuap dan memakan kertas yang dinilai.
Orang kerdil yang menjadi mangsa kekuasan,
diusung kesana sini tanpa berbaloi.
Peluhan orang kerdil dititis,
engkau hanya menghirup titisan peluhan orang kerdil.
Rakusan nilai yang secara najis berlarutan,
menangis darah mata dirasai orang kerdil.
Seperti tikus hidup dilubang-lubang celah kehidupan,
engkau tikus hidup diistana saluti emasan.

Sunday, January 2, 2011

Studio design



Timbunan isi-isi yang diluahkan dengan kritikal,
dimuntahkan secara terbuka dan kreatif,
Kekuasaan pemikiran yang diusung dengan pegangan pada diri sendiri,
menjadi sesuatu karya yang diolahkan menjadi jitu dan bebas.
Biar diri menderita kerana mencari-cari kehendak kreatif,
berpuas hati setelah menciptanya.
Dikritik dicaci untuk diangkat pemikiran yang terbaik,
koloni-koloni yang memberi inspirasi pada diri untuk mencipta.
Ia adalah skop yang luas untuk berkongsi,memberi,mencipta,berinspirasi dan berkhayal dalam pemikiran dan minda.