Tekak rasa mahu telan nasi lemak.
"Makcik nasi lemak biasa 1 dan letak sikit sambal petai"
"Adik ambil polistren ni tuang sendiri. Akak tengah sibuk ada customer makan sini."
"Aik..!Ok lah. Saya ambil sendiri."
Aku lihat pelanggan makcik jual nasi lemak ini hanya seorang saja. Tapi hati aku boleh memahami bagaimana hendak melayan seorang sahaja pelanggan. Aku pun cedok nasi lemak dan tuang sedikit sambal, timun dan mengambil bahagian kecil suku dari pada setengah telur rebus itu.
"Makcik! kira berapa?"
"Kejap yer dik"
Dalam hati aku hanya ada kesabaran.
"Hmm.."
"Semua sekali 3 ringgit saja dik!"
"Aik! Macam ni punya harga makcik?! Telur dah la suku je makcik dan sambal.. tu je. Customer makcik tu telur goreng pun 3 ringgit!sebiji telur lak tu! Makcik tau tak sebijik telur dan suku telur yang saya ambil ni! tak kan harganya sama.!"
"Maaf yer dik 2 ringgit je dik" Sambil tersengeh bodoh depan aku.
"Makcik lain kali nak berniaga biar betul ikhlas dan telus. Main petik je harga. Ingat bodoh kah kami ni makcik!"
"Maaf yer dik. Mak cik minta maaf"
Wednesday, July 29, 2015
Saturday, July 18, 2015
Selamat Hari Raya 2015
Saya Apy & Ika mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan bukan umat Islam. Hari Raya adalah untuk semua bukan sahaja untuk umat Islam. Mereka juga ciptaan Allah yang berkuasa. Hidup secara harmoni dan toleransi. Amalan pada bulan puasa dan pada bulan yang lain diterima dan diberkati oleh Allah. Amin
Thursday, July 2, 2015
Nyawa di hujung tanduk
Tegak berdiri.
Aku terasa berpusing dan dikelilingi dengan suasana putih. Walaupun aku sudah membuka mata sebesar bola golf. Sekeliling aku tetap putih. Aku lihat tapak kaki. Aku berdiri di suatu tempat yang tinggi. Ruang nya hanya sebesar katil permaisuri.
"Aku dimana!?"
"Dimana aku!?"
Aku pandang ke bawah tempat aku berdiri sungguh tinggi. Terlalu tinggi tak terhingga. Tingginya manusia tidak boleh dibina.
Aku berasa pening dan keliru kerana keliling aku hanya putih. Tiada permandangan. Aku toleh kebelakang terdapat satu katil berdiri teguh.
Aku memicit tilam katil tersebut terasa lembut dan empuk. Seperti kapas yang dikumpul seperti awan dan baring di atasnya. Aku hanya merebahkan diri aku di atas katil. Takut dan keliru teramat sangat.
Mata aku menjadi kabur. Kabur dari apa-apa pandangan. Aku menggosokkan mata aku sehingga rabak tapi masih tidak boleh kelihatan. Tiba-tiba berdiri kelibat hitam didepan dengan membawa sebatang kayu yang hujungnya seperti ada pisau.
"Siapa kau!Tolong!?"
Kaki aku kaku. Aku terasa seperti tidak boleh bernafas. Kelibat hitam itu seperti ada kuasa menarik sesuatu dari jasad aku. Terasa dari sehinggalah ke dada. Pabila tiba dihujung hidung aku cuba meronta.
Sakit dan tidak boleh berkata apa-apa, apatah lagi untuk meminta tolong. Tiada siapa untuk menolong aku.
Aku merasa seperti roh aku hendak berpisah dengan jasad. Aku takut.
Aku rasa lenyap dari jasad dan aku terus sedar dari jagaan tidur aku dan nafas aku laju seperti berlari sekuat hati.Roh aku masih dijasad. Air mata serta merta.
"husband mimpi buruk ke tadi?" pertanyaan dari si isteri.
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah)."

Subscribe to:
Posts (Atom)