Wednesday, January 21, 2015

Patung sandaran

“Menyampah betul aku bercakap dengan kau! Oi! Apasal kau lawa dan cantik?!”
Bisu saja si dia.

“Aku betul-betul jatuh cinta dengan kau!”

Bisu saja si dia. Tapi Khalid sudah jatuh cinta pada si dia. Khalid sentiasa mengusung dia ke sana ke sini tanpa mengira waktu. Mereka tidur bersama. Kadangkala Khalid juga  bernafsu dengan si dia. Si dia melayankan saja. Kadangkala Khalid mengamuk kerana akan si dia tidak mahu makan bersama.

“Kau ni puasa ke?! Makan lah! Ini makanan kegemaran aku, daging kunyit cicah tempoyak. Makan!”

Pada ahad yang dingin, kawan Khalid datang ke rumah Kiro namanya.

“Khalid! Bilalah engkau nak berubah? Aku rasa menyesal kenalkan si dia dengan engkau.”
Khalid membisu. Kiro hanya menggelengkan kepalanya. Kiro amat mengasihani Khalid kerana kehidupannya yang sadis.

“Khalid… yang pergi tu tak akan kembali.”

Sesal dihati kiro kerana memberi khalid peneman sebuah patung yang amat cantik untuk lenyapkan kesunyian Khalid.

1 comment:

  1. Patung sandaran? Peneman la tu kot. tetapi lelaki dan patung tu janggal jugak la..hehe

    Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

    http://bit.ly/ambankamir

    ReplyDelete