Senak secara tiba-tiba seperti serangan senyap mengguna sniper dan di tuju pada musuh. Dan rasa seperti biasa. Seperti kebiasaan selama seminggu ini, aku bangun pada 6.30 pagi dan lihat jam dan tidur kembali dan bangkit semula pada 6.45 untuk ke kerja. Tiba-tiba menyerang kembali, senak dan tiba-tiba elok.
Dalam hati "tak apa lah, dah pakai kemas kemain, dekat office nantilah."
Pandu saja kereta, aku sudah tersekat di kesesakan yang memusingkan pada pagi hari yang patut di hidang dengan cappuccino yang hangat rasa di tekak. Tapi di hangat dengan perasaan yang sering di main kan oleh kesesakan.
Dalam hati "Arghh.. pagi-pagi dah tak tenang!"
Sabar. Tiba-tiba serang kembali dan elok kembali.
Tiba di destinasi. Lihat jam masih awal untuk mengerjakan kerja dan aku seorang tiba pada awal pagi. Aku ke restoran mamak untuk menunggu sementara pejabat aku buka untuk mengerjakan kerja . Roti kosong dan milo ais hidangan pagi. Tiba-tiba menyerang, tapi aku cuba menahan. Aku makan dan minum. Belum sempat aku menghabiskan rezeki pagi aku, aku kembali semula ke pejabat aku.
Kelihatan masih belum di buka lagi. Aku tidak dapat berfikir. Ia menyerang dengan kuat. Sungguh kuat sekali. Aku menahan juga. Aku tidak selesa dan cuba berjalan mencari penyelesaian. Apakah nasib masih belum dibuka semua kedai.
Bisikan hati tidak peduli.
"Arghhh.. tak boleh jadi ni"
"Dia serang lagi..!"
"Aduh...!"
Puchong, kawasan tempat aku berkerja dan ada sebuah ejen syarikat tanah ini, aku tanpa segan aku masuk ke dalam. Hanya pejabat itu saja yang pekerjanya datang awal pagi sebelum ayam berkokok.
"Hello akak! mintak tolong sangat-sangat ni..ni hidup dan mati je! pinjam tandas"
"kejap yer dik..akak tanya orang belakang"
"perghh kak! tak kan nak pinjam tandas ada prosuder kot! tolong sangat-sangat akak..saya amat memerlukan..hampir dah ni!"
"kak jenah!ni ada budak datang office kita nak pinjam toilet"
"cakap tak boleh!"
"die memerlukan sangat-sangat kak! badan dah terbongkok-bongkok.. muka tak tahan tu..!"
"tak boleh!"
"akak! boleh lah akak!"
"Kak jenah tu assistant dik...dia tak bagi..akak mintak maaf..."
"tak pe kak! biar tuhan balas apa perbuatan yang di buat...aku betul-betul tak tahan nak terberak..nak terkeluar rasa ni..boleh akak semua buat orang yang betul-betul memerlukan macam ini."
Aku merenung muka pekerja-pekerja di situ sambil menahan keperitan kesakitan. Aku beredar sambil membongkok dari tempat itu. Aku cuba kembali ke pejabat dengan mengharap pejabat sudah di buka.
"Ya Allah! Syukur..."
Tanpa memikir aku pergi membuang segala ketahanan kesakitan aku selama 1 jam mencari tempat pembuangan sisa. Betul-betul terseksa kerana menahan berak.
kejam gilerr kak jenah..
ReplyDeletedah kat puchong lak tu
ReplyDeletekasihan... kasihan..
ReplyDeleteCollagen Powder | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Herb-Lax | Cinch Shake Mix | DTX Complex | Sustained Released Vita-C 500mg | Performance Maximum (Pure Hydration Drink) | Garlic Complex | Advanced Joint Health Tablet | Peppermint Ginger Plus | Cinch Energy Tea Mix | Caratomax | Herbal Blend Multi-Purpose Cream |