Hello There!

Monday, December 26, 2011

Peluk dengan erat dan sedut hingga menjilat

Aku memberinya kemanjaan di badan aku sendiri. Dia memeluk aku dengan erat sekali. Bila aku kekanan dia cuba berpusing dan memeluk kekiri.

Tiba-tiba aku rimas. Dia tidak mahu melepaskan aku. Dia sentiasa memeluk dengan erat. Aku cuba tepis pelukan dia, tetapi gagal sentiasa kerana dia sentiasa mahu memeluk aku.

Dia bukan setakat memeluk tetapi menyedut-nyedut aku dengan mulutnya. Tepis.

Aku putus asa kerana dia sangat berdegil.

Aku halau nya dengan kasar tanpa berperi kemanusiaan. Tetapi dia berdegil dan seperti tidak memahami yang aku tidak suka padanya. Hanya dia suka aku pada ketika ini.

Aku menepuk-nepuk dia tapi dia pandai menepis tepukan aku. Dan aku menampar, tetapi tidak berhasil.

Aku mengambil penyembuh nyamuk, dengan kejamnya aku menyembur di hadapan mukanya. Dia mabuk dan mata nya pedih. Dia tidak dapat menahan dengan serangan aku dan dia rebah ke lantai.

Aku mengikat tali di lehernya dan supaya dia berdisplin. Engkau lalat yang degil.

Dan aku boleh meneruskan rutin seperti biasa. Lalat yang suka terbang.

9 comments:

  1. dah mandi..tapi dia merayau... sesat carik member lalat tu..hee

    ReplyDelete
  2. hehe..pandainya bermadah..ingat apa tadi..grr...

    ReplyDelete
  3. Hai. Beautiful work. Write frequently and be beloved of others.Thanks.

    ReplyDelete
  4. I like your post. Wordless comment. Thanks.

    ReplyDelete
  5. Essential post. As rose in all flower. Keep writings. Thanks.

    ReplyDelete
  6. Worthy of applause. Looking for the next.

    ReplyDelete