Saturday, December 31, 2011

2012

2012 baru bagi kita. Tahun yang baru. Adakah ada niat baru buat kita? Atau masih menggunakan niat yang lama pada tahun yang baru? Diri kita sendiri. 
Biarlah mengedas kan peluru pada pelanduk,bukan ke pokok.

Friday, December 30, 2011

Budak BBQ

Ada seseorang datang ke arah seorang budak.

"Dik buat apa masa malam new year?"

"emm"

"Kenapa senyap?"

"emm.."

"Dik bisu?"

"emm.."

"Ish!"

"Apa beza tahun ini dan tahun depan walau kita sambut?siang tetap siang, malam tetap malam, bangun tidur mandi dan makan,sama je kan? Kalau betul ada perubahan tak apa lah juga."

"err"

"Cuba faham kan yer..Sesetengah orang merasai dan menjiwai hujan, setengah itu hanya mendapat basah kuyup"

"err..ok abang dah faham, Jom ikut abang BBQ."

"Bagus juga, dapat makan dan kenyang..hehehe"

Thursday, December 29, 2011

Quote

 “You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again. But if she loves you now, what else matters? She's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and give her the most you can. She may not be thinking about yo...u every second of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart. So don't hurt her, don't change her, don't analyze and don't expect more than she can give. Smile when she makes you happy, let her know when she makes you mad, and miss her when she's not there.” - bob marley

Wednesday, December 28, 2011

Kaku

Sepi,
hanya rebah.

Menung,
hanya tiada pergerakan.

Sedih,
hanya bermain bersama hati.

Menitis air mata. Kaku.

Tuesday, December 27, 2011

Terpaku memikir


Terpaku di sini,
seperti patung tayangan,
tanpa mengelip sekali pun.

Rasa sesuatu yang berat telah menghempap,
menahan bebanan tapi masih cuba menahan,
kari kanan gelap gelita,
penglihatan terombang-ambing,
adakah keputusan nya?
memang tak boleh di terima,
adakah itu niatnya?
terpaku memikir.


Tak mahu itu,
tak mahu itu,
tak mahu itu terjadi,
adakah keputusannya?
jangan buat begitu,
terpaku memikir.


Monday, December 26, 2011

Peluk dengan erat dan sedut hingga menjilat

Aku memberinya kemanjaan di badan aku sendiri. Dia memeluk aku dengan erat sekali. Bila aku kekanan dia cuba berpusing dan memeluk kekiri.

Tiba-tiba aku rimas. Dia tidak mahu melepaskan aku. Dia sentiasa memeluk dengan erat. Aku cuba tepis pelukan dia, tetapi gagal sentiasa kerana dia sentiasa mahu memeluk aku.

Dia bukan setakat memeluk tetapi menyedut-nyedut aku dengan mulutnya. Tepis.

Aku putus asa kerana dia sangat berdegil.

Aku halau nya dengan kasar tanpa berperi kemanusiaan. Tetapi dia berdegil dan seperti tidak memahami yang aku tidak suka padanya. Hanya dia suka aku pada ketika ini.

Aku menepuk-nepuk dia tapi dia pandai menepis tepukan aku. Dan aku menampar, tetapi tidak berhasil.

Aku mengambil penyembuh nyamuk, dengan kejamnya aku menyembur di hadapan mukanya. Dia mabuk dan mata nya pedih. Dia tidak dapat menahan dengan serangan aku dan dia rebah ke lantai.

Aku mengikat tali di lehernya dan supaya dia berdisplin. Engkau lalat yang degil.

Dan aku boleh meneruskan rutin seperti biasa. Lalat yang suka terbang.

Sunday, December 25, 2011

Status facebook 2

Apa yang kau merepek la apy. Anda tak faham, bukan merepek tetapi konspirasi buah fikiran.

  • 'rustu'
  • 'tongkat ali dipinjam gorila'
  • 'grodol lefted''orang gila malang nasibnya, gorilla hanya memerhatikan saja'
  • 'broshop'
  • 'gorilla cinta pada negaranya dengan cara patriotik dalam dirinya..bukan kerana seseorang penaklukan seseorang'
  • 'orang gila bergaduh air bersama orang gila'
  • 'bila gorilla makan kit kat, hyper dia'
  • 'ada kau fikir pasal orang gila?kau suka fikir kau tak gila..kau gorilla'
  • 'dari berjuta-juta tahun raksasa sentiasa hendak bersama dengan gorilla, orang gila dan mui.'
  •  'kamar retired'


Saturday, December 24, 2011

Wednesday, December 21, 2011

Muda

Pagi,
gelap,
lewat bangun,
baring sepanjang hari,
tak mandi,
muda.

Tuesday, December 20, 2011

Masih

kadang mengapa kala,
kena mengapa mengena,
adakah itu jodoh nya?
bercelaru rasa,
penat rasa,
tapi masih tabah.

Friday, December 16, 2011

Kotak suara hati

Aku sudah tidak mahu berbisik di dalam hati,
lontaran kata-kata membuat aku lebih tenang,
tetapi hanya betul,
semuanya perasaan dari hati.
Alhamdulillah.

Sunday, December 11, 2011

'Katebang' mendarat

sepeda
mobil
kecepatan
kebutuhan

'Katebang' mendarat
Aku sudah pulang.
Seronok.
Letih.

Wednesday, December 7, 2011

'Katebang'

'Katebang'
Tinggi engkau melayang,
laju engkau memecut,
untuk membawa ke sana,
ke negara orang.

'Katebang'
Esok akan aku berada di dalam perut engkau,
semoga engkau selamat,
aku perlu ke sana.

'Katebang'
Engkau kapal terbang.

Tuesday, December 6, 2011

Yahudi punya orang

Di suatu pagi, sebagai life guard yang termenung sepanjang hari.

"bang, seluar pendek tidak boleh pakai dekat kolam ini. Yang boleh baby pool sahaja"

Memang lembut kata-kata arahan itu.

"kenapa tidak boleh!? Orang tu boleh!"

"Bang, kami keje guna mata. Memang la kadang-kadang kami tak nampak bila dia masuk"

"Apahal pulak! Aku pakai seluar renang ni!"

"Tak boleh juga bang,  dekat sini ada peraturan nya. Kene pakai tight juga. Boleh sewe dekat kiosk tu"

"Adoyai!yahudi punya orang"

"Abang ni nak mengyahudikan orang apa hal! Saya cakap elok-elok saja kan. Macam abang ini Islam sangat! Kalau abang tak nak ikut boleh tinggalkan tempat ni. Kalau tak puas hati kita settle kat lua!"

Abang itu senyap membisu dengan muka yang bengang dan bersalah.

Monday, December 5, 2011

Fuyoo

Mimpi

Di dalam kelas aku tekun belajar. Membeliak mata melihat segala pengiraan yang tidak akan aku faham. Apa ini semua? Lantak.

Jam 3 tepat. Menandakan habis waktu kelas.

Keluar nya dari kelas, bertepik kawan-kawan aku dari kelas lain. Seramai 200 orang pelajar di dalam kelas nya dan di ajar seorang pensyarah. Kampus nya tiada satu dinding batu yang menghalang suasana luar. Hanya bertiangkan besi dan cermin di sekeliling.

"Oi apy!ko habis kelas ke?!"

"Dah."

Tiba-tiba seorang wanita yang amat cantik. Kulitnya putih, berambut lurus diikat dengan rapi dibelakang, berbaju kurung putih, mata yang bersinar dan bibir yang merah semula jadi. Memang lawa dan ayu.

Dia telah memberi nombor telefonnya pada aku. Aku terpaku dan rakan aku menepuk aku di kepala. Aku tersedar dari tidur.

Aku cuba mengingat kembali nombor telefon yang diberi di dalam mimpi aku itu. 013-5+++++9.

Cuba mendail. Dan berdering.

Pelik.

Dan seorang wanita berkata "Hello". Aku putuskan talian.

"Fuyoo"

Thursday, December 1, 2011

Bila Otak Memerah

Klik pada web archdaily. Hanya melihat untuk idea. Di sisi butterpaper yang kosong tanpa tembakan idea yang didaskan.

Idea.

Otak melayang mahu terbang ke negara orang tak lama lagi. Tak sabar hati.

Idea. Fokus.

Apa yang perlu di bawa.

Idea. Cuba fokus.

Mahu beli apa disana?

Idea. Fokus la, esok personal crit!

Arghhh.. Aku rasa aku dapat fokus dan idea. Lagi sikit. Nak datang dah.
Idea aku hanya tidur, Fokus pada mimpi apa yang dimimpikan sekarang.
Esok baru fokus pada idea, dan idea itu kita fokuskan.