Hello There!

Wednesday, April 27, 2011

Gila wang

Aku bermimpi

Sekumpulan kawan yang terdiri 5 orang telah pergi ke suatu pulau. Aku xpasti apa nama pulan tersebut kerana pulan tersebut amat angker sekali. Rimbunan pokok-pokok yang terjuntai kebawah, ketinggian semak samun yang menutupi setiap ceruk jalan di pulau itu.

Mereka ke pulau itu untuk menjalani siasatan terhadap sebuah penjara di situ. Semasa menuju ke penjara tersebut, orang yang membawa di situ telah memesan supaya berhati-hati di pulau itu dan terdapat penyakit gila di situ.

Apabila tiba dipenjara itu, penjara itu amat hodoah dan ia nya bangunan lama. Mereka memasuki penjara itu, terdapat ramai keparat-keparat yang menempatkan di situ telah menjadi gila. Siren berbunyi secara tiba-tiba dan telah memberi pengumuman yang terdapat 2 orang banduan gila yang terlepas dari kandang tempat tidurnya.

Mereka amat takut dan berhati-hati. Kesemua polis di situ mencari disetiap pelusuk penjara itu. 5 sahabat tersebut hanya menunggu di bilik tetamu. Tiba-tiba seorang yang berpakaian polis dan di lumuri darah di pakaiannya memasuki bilik tetamu tersebut. Mereka amat takut kerana orang itu adalah salah seorang banduan tersebut. Dia telah membunuhi seorang polis di situ.

Tetapi amat pelik sekali kerana mata mereka besar dan seperti bola pingpong, berwarna putih dan biji hitam yang kecil. Jika kepala mereka kekanan atau kekiri, mata mereka berpusing seperti longgar. Rambut mereka keras terpacak seperti diselaputi konkrit yang keras. Datang kawan banduan tersebut sama simptom yang dialaminya.

Mereka menjerit dan cuba untuk menyelamatkan diri tetapi 4 daripada sahabat itu telah terluka dan parah di cucuk oleh banduan tersebut. Seorang daripadanya telah selamat melarikan diri. Tetapi banduan tersebut dapat bau jejaknya. Ramai polis telah terkorban dibunuh oleh banduan itu. Sahabat yang selamat itu telah menyembunyikan diri di tempat penyimpanan wang penjara itu.

Banduan tersebut telah berbau wang. Mereka telah berkelakuan pelik dan kelihatan seperti agak pulih. Sahabat itu cuba membaling wang kepada 2 orang banduan tersebut. Mereka tampat pulih dan telah rebah pengsan di situ. Sahabat itu terfikir untuk mengubati banduan-banduan tersebut hanya memberi bau wang yang banyak.

Sahabat itu memeriksa latar belakang kesemua banduan keparat di situ, semuanya tertangkap kerana melakukan jenayah rasuah, merompak dan membunuh kerana wang.

2 comments: