Tuesday, October 22, 2013

Apa cita-cita kamu?

Mungkin orang fikir aku sudah berjaya, tapi tidak disebaliknya. Aku belum lagi berjaya. Bila orang tanya masa masih kecil di zaman hingusan "apa cita-cita kamu?".

kawan menjawab

"saya mahu menjadi doktor."

"saya mahu menjadi lawyer."

"saya mahu menjadi angkasawan."

tapi aku pada mulanya mahu menjadi angkasawan pada sekolah memakai seluar biru. Mahu menjadi rockstar pada sekolah memakai seluar hijau. Mahu menjadi arkitek pada peringkat yang bebas tanpa ikatan iaitu universiti. Dan bila tamat belajar, itu semua bukan cita-cita yang aku mencari sebenar. Ada sebaliknya. Sebab itu semua bukan satu kejayaan. Aku sudah memahami apa cita-cita yang aku harus cari.

Apa cita-cita kamu?

3 comments:

  1. Dulu sy suka juga bidang yg berkaitan dgn sains. Skang mcm nak jadi pharmacist. Insya Allah...

    ReplyDelete
  2. dulu saya nak jadi bomba sekarang rasa macam nak bakar rumah orang

    ReplyDelete
  3. tak semua yang kita cita-citakan, kita akan jadi. haha.. betul.

    ReplyDelete