Tuesday, September 25, 2012

Jagung bakar bukit bintang

Sepanjang aku berjalan di kaki lima, hanya deretan rumah urut sahaja. Terbonjol tanpa rasa bersalah meminta untuk mengurut mencari rezeki. Aku hanya mahu berjalan untuk menghilang kebosanan bersama rakan. Makan malam aku beralas dengan nasi ayam hainan di tepi kaki lima bukit bintang. Sepanjang perjalanan aku ke sana semuanyalah rumah urut. Bermacam-macam urutan yang hendak diberi, urut itu, urut ini, urut itu itu, urut ini ini dan urut itu ini.

Ada satu meja dibentang di kaki lima dan menjual jagung bakar. Kuning, api dan wangi sungguh pencari rezeki itu membakar jagung. Ada satu jagung yang menarik minat seorang pelanggan. Kasut merah bertumit tinggi, betis dan paha yang coklat ala Angelina jolie, badan berbentuk solid dan kental, berpayu dara terbonjol keluar hampir menamping puting nya, tapi tang muka kelihatan lelaki.

"wei kawan, sedap jagung tu."
"awek tu lagi sedap rasanya."
"korang berdua ni awek tu ko tengok, jagung pun ko tengok. Nak mana satu ni?"
"senyaplah kau, tengok je la awek tu. Perrghhh! sexy gila tapi apasal bidang semacam macam badan kau ni?"
"aah la.. Maknya la wei"
"itu pun korang berselera kan"
"maknyah tu tengok kita la"
"iye lah..siap tunjuk jilat jagung bakar dia dekat kita lah wei. Jom cabut cepat!"
"padan muka korang! Mendapat kau jagung dengan maknyah!"
"hahahaha"

6 comments: