Hello There!

Thursday, June 7, 2012

Binatang manusia

Binatang manusia...

Sedang melihat dan memberi pandangan ke arah sekeliling. Ada yang berkomunikasi dengan hujung jari, ada melalak sehingga terkeluat anak tekak. Aku di dalam kenderaan di perbuat dari besi ini hanya sunyi untuk ke kerja. Amat bosan.

Merah. Berhenti tandanya.

Dua bertopengkan binatang dengan kenderaan dua tayar memecah cermin kereta dihadapan aku. Memang kaku aku di situ. Mereka meragut handbag. Secara tiba-tiba mereka memecahkan cermin kereta yang di huni oleh seorang amoi. Mereka dengan pantas memecut laju tanpa hirau dengan arahan merah atau perebutan kenderaan berpusu-pusu bergerak.

"vroommmm..!" laju menghilangkan diri.

*Takdir hendak berlaku, kita hanya mampu berjaga-jaga. Ingatan para wanita, jangan meletak handbag anda di seat kenderaan anda. Kita sentiasa diperhatikan.

3 comments:

  1. habit kot letak handbag kt seat.. perlu dibuang jauh2 habit tu..

    ReplyDelete
  2. salah satu faktor jenayah...'peluang'

    ReplyDelete
  3. bahayanya.. paling elok letak kat bawah sit je la..

    ReplyDelete