Masuk 5 hari bekerja di pejabat.
Selebihnya di rumah.
Tunggu arahan CEO.
Tapi rasa bersalah tiada lakukan apa-apa.
Ada kerja boleh bantu?
Tunggu arahan CEO.
Masuk 5 hari bekerja di pejabat.
Selebihnya di rumah.
Tunggu arahan CEO.
Tapi rasa bersalah tiada lakukan apa-apa.
Ada kerja boleh bantu?
Tunggu arahan CEO.
Raksasa cuba membantu.
"Ada yang susah?mari beratur dapatkan bantuan."
Raksasa yang di kenali YB (Yang Bangsat) di antara penduduk Kg Gurau. Dia di datangi dengan berpakai berkemeja tertera dengan logo sembah bumi menjadi tuhan dan kenderaan kanyangan yang menunjukkan kejayaan manusia untuk dilihat.
Kg Gurau mengalami bencana penyakit yang amat teruk di kawasannya. Sudah setahun kesusahan rakyatnya susah tanpa ada satu bantuan yang menolong. Salah sorangnya yang mengalami kesusahan dari segi kewangan ada Mui. Mui dahulunya seorang tukang sapu di sebuah syarikat kecil. Tapi memandangkan wabak ini berlaku dengan cepat, majikannya memberhentikan Mui dan syarikat tersebut di tutup. Setahun menganggur dan simpanan mula cair tiap hari.
Ultraman pergi ke Kg Gurau untuk menolong dan membantu orang-orang yang susah di sana. Dia memberi bekalan makanan kepada penduduk tanpa menempah pelekat nama di bantuan makanan. Keikhlasan menjadikan dia terus untuk membantu dan mengetuk tiap rumah di kawasan penduduk di situ.
Mui menerima bantuan dari Ultraman dan cukup untuk sekeluarga makan dan modal untuknya meniaga kecil-kecilan. Penduduk di situ amat berbesar hati untuk menolong juga ultraman untuk membantu. Bantuannya bukan sekadar makanan tetapi menolong mereka cuba untuk berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan.
YB kawasan itu amat menggeli telinga pabila ada ultraman membantu penduduknya. Penduduk amat membenci YB Raksasa tersebut kerana sebelum ini tanggungjawabnya tidak dilaksanakan tapi ramai penyembah YB Raksasa ini disekelilingnya kerana duit. Apabila diketuk baru kerja jalan. Itu sifat Raksasa tersebut. Dia bangga dengan kekayaan yang ada terhadap dirinya.
Dengan berbaju putih berjalan memasuki dewan dan mengarahkan penyembahnya memanggil penduduk di situ untuk menerima bantuan. YB Raksasa tersebut bersiap sedia ke pentas dan cuba mencari kedudukan untuk bergambar setiap penduduknya. Dia juga mengarahkan Ultraman untuk memberhentikan sumbangannya terhadap penduduk kampung dengan alasan sumbangan itu tidak sah dan tidak disalur dengan betul.
YB Raksasa menunggu penduduk kampung untuk datang tetapi tiada seorang kelihatan. Mui datang ke dewan dan seluruh media merakam Mui. Mui menjerit.
"Wahai Yang Bangsat! Kami sanggup berlapar dan tidak akan sentuh dengan sumbangan yang bergambarkan logo keparat! Kau hanya mahukan pangkat dan harta!"
"Akhir kata, Yang Bangsat kau makan bantuan kau sendiri".
Media dan YB Raksasa tergamam dan berlalu pergi dari dewan tersebut.
Terima kasih Ultraman. Ultraman digelar Yang Baik.
YB.