Saturday, June 19, 2021

PKP lock down

Kerajaan memaklumkan PKP lock down bermula. 

Dia marah waktu-waktu covid sebegini sebab dia hidup susah, suami dicutikan tanpa gaji, ketandusan duit bulanan dan mengharapkan duit dari kerajaan.

Dalam media sosial, dia maki dan kutuk apa kerajaan cuba buat. Dia cuba memberontak yang lock down ini hanya sia-sia. Sedangkan dia masih bershopping online, minum kopi mahal warna hijau ada muka dan tunjuk makanan sedap di media sosial. 

Dia hanya fikir dia sahaja yang bermasalah.

Lihat ada satu comment di media sosial dia

"oi senyap. simpan duit & berjimat." orang yang tak dikenali.

Thursday, June 17, 2021

Wednesday, June 16, 2021

Temuduga seorang buruh

5 Tahun lepas, seorang buruh memasuki kelas jepun dan perancis kerana pekerjaan dia memerlukan bahasa tersebut. Dia bekerja di jepun 2 tahun dan perancis 3 tahun. Seorang buruh banyak pengalaman terhadap kerjayanya. Majikannya amat suka dengan kerja dan idea dia. Dia amat fasih terhadap bahasa di negara dia bekerja.

Selepas itu seorang buruh balik ke Malaysia untuk bekerja di sini. Seorang buruh mencari kerja di pelbagai laman sesawang mencari kerja. Seorang buruh ini masih menunggu. Kebanyakkan seorang buruh ini terlihat didalam bahasa yang diperlukan untuk bekerja adalah bahasa inggeris dan mandarin. Mana perginya bahasa kebangsaan? Sedangkan negara lain memerlukan bahasa ibunda mereka. Tapi di sini hampa. 

Bila seorang buruh pergi ke temuduga.

"Hi, i'm seorang buruh"
"Hi. Hurmm.. Your know to speak in Mandarin?"
"Nope"
"I think a bit difficult you to communicate with our staff here"
"Bahasa Melayu takkan mereka tak faham? You?boleh faham bahasa melayu?"
"I sikit-sikit can la..but others abit difficult."
"but i can speak in english. So what? so cannot understand? go learn more bahasa malaysia la bro. so this company determine work on language ke? I'm off"


Tuesday, June 8, 2021

PKP 3.0

 Kali ini PKP 3.0 agak rancak di luar. Dari jendala kelihatan kelibat kereta-kereta ke sana ke sini. Tiap kali bangun dari mimpi akan ke jendela untuk lihat kereta-kereta dijalanan.

"Bila situasi ni nak settle?"

"Hurmmm"

"Inshaallah, ini adalah terbaik untuk manusia sejagat."

Berdoa. 

 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)