"Badan sihat dari demam, segar badan. Alhamdulillah."
Jam 7.45 pagi hari ahad, kebiasaannya aku memandu ketempat kolam renang untuk mengajar pada jam 8.00 pagi. Ketika itu hati aku riang kerana sihat dari demam. Sampai sahaja di kolam renang Kuala Lumpur, melihat anak murid aku sudah tidak sabar menanti ketibaan aku.
"Coach! kenapa lambat?lama kami tunggu. Dah 8.15 dah ni"
"Maafkan cikgu, cikgu naik kereta lembu, jet rosak kat rumah. Pergi masuk kolam dulu. Nanti cikgu datang. Nak salin baju dulu."
"Yelaaa...baik coach!"
Aku mencapai segala papan pelampung dan pergi ke tebing kolam.
"Guys! kita berenang dekat 2 meter punya kolam!"
"Yeayy!"
Ada 5 orang pelajar aku yang pandai berenang. Tiba-tiba ada ibu menyapa aku dari belakang.
"Coach! minta maaf yer kami lama tak datang kelas. Ini anak kami."
Dalam hati aku tidak mahu masuk ke dalam air yang sejuk ini dan hanya sekadar melihat pelajar aku berenang. Pelajar yang jarang datang ke kelas, semuanya sudah lupa untuk cara berenang walaupun dengan memegang papan pelampung itu. Aku tetap teruskan dan masuk ke dalam air.
"Ok sekarang coach nak berenang breast strock pergi dan patah balik 1 lap sahaja!"
"Baik coach!"
Pelajar yang masih tidak tahu untuk berenang aku tetap mengajar sambil menunggu pelajar yang sedang berenang ke seberang. Aku sentiasa berjaga-jaga dan mengawasi mereka walaupun mereka sudah tahu untuk renang. Sedang aku mengajar pelajar yang tidak tahu renang.
"Amsyar!jangan kacau adik berenang!"
"Yelaaa.."
Tiba-tiba kedengaran suara meminta tolong. Dua orang pelajar aku sedang bergelut untuk bernafas. Mereka lemas. Aku menolak pelajar aku yang tidak tahu renang ke tepi. Tanpa fikir apa-apa aku berenang ke arah mereka dan cuba menarik mereka ke tepi kolam. Sedang aku menarik mereka, ada lagi seorang pelajar yang lemas. Aku tidak tahu bagaimana dia boleh datang ke arah aku dan lemas dengan sendiri. Aku cuba untuk menarik mereka bertiga, tetapi berat. Mereka sudah berumur 7 tahun, 9 tahun dan 13 tahun. Mereka cuba bergelut untuk bernafas tetapi mereka menolak aku ke dalam air dan mereka bertiga memijak bahu sambil menarik rambut aku. Mereka meronta-ronta untuk bernafas. Aku cuba untuk naik ke permukaan tetapi mereka masih memijak bahu dan menarik rambut. Aku hanya menelan air sehingga ada dua orang coach telah melihat aku yang cuba untuk bernafas dan menyelamat mereka bertiga.
"Tolong coach! tolong"
Aku masih lagi di dalam air. Sudah seminit aku menahan. Hanya satu minit lagi aku tidak dapat bertahan. Di dalam hati aku berkata.
"Biarlah mereka selamat dan aku rela pergi untuk menyelamatkan mereka (dan mengucap)"
Pada mulanya sahabat aku bernama KK lompat ke dalam kolam dan menarik pelajar yang berumur 13 tahun itu. KK cuba menarik. Pelajar dua orang ini telah menarik baju antara satu sama lain. Sahabat yang bernama hisham pula telah turun dan meleraikan tangan mereka dari tarik menarik. KK telah selamatkan pelajar 13 tahun itu. Setelah KK dapat menarik pelajar 13 tahun itu, aku berasa lega dan terus ke permukaan untuk bernafas. Hisham menarik pelajar 9 tahun itu dan aku menarik pelajar 7 tahun itu. Aku berasa lega dapat bernafas.
Mereka semua selamat dan minum air yang banyak. Ibubapa mereka berterima kasih pada kami. Perut aku kembung dan terlalu banyak minum air. Paru-paru aku rasa sejuk dengan air dan aku terus diberikan oksigen. Tubuh aku lemah. Mungkin beberapa saat lagi aku tiada jika aku tidak bernafas.
"Alhamdulillah semuanya selamat."