Monday, October 31, 2011

Acah 2

Memang kerja engkau memutar belit.
Lebih dari kata-kata.

Engkau hanya mahu menawan orang lain dan mementingkan diri engkau sahaja. Dari A ke B dan tiba-tiba ke G. Cerita songsang engkau cuba lakukan dan mengaburi orang lain.

Itu sahaja yang kau tahu. Tapi kosong.

Sejak dari zaman harga tora rm0.80 sehingga menjadi rm1.50, engkau tetap sama. Tiada perubahan.

Sunday, October 30, 2011

Fix you

Badan tiba-tiba berubah, terasa seperti disentap elektrik yang berarus laju. Kenapa? Terasa longlai dan lemah tiba-tiba.

Hati tidak tenang.

Air mata sentiasa menjatuhi disudut perasaan. Ia bercerita seperti ada kegembiraan atau kesedihan. Hanya mampu baring tanpa seurat benang.

Kehendak yang ingin dilakukan tapi gagal. Bukan untuk suka-suka tapi untuk kegembiraan. Tapi masih gagal untuk mengembirakan. Adakah ia di sumpah dengan kesedihan? Harus mencuba untuk memperbaikikannya.

Hanya terdiam terpaku.

Fikir.

Dan tidak henti berfikir.

Berilah ia memperbaikan situasi itu. Ia mampu membawa kegembiraan. Masih mencuba dan cuba lagi. Banyak kekurangan pada diri. Itu adalah pembelajaran apa itu kehidupan.

Sudah dua puluh kali aku mendengar dan melayan Coldplay - fix you.


Friday, October 28, 2011

Mereka

Kerap untuk menutupkan mulut sendiri. Bukan bisu.
Hanya melihat apa yang dibuat oleh mereka. Mereka. Bukan aku.
Bila mereka mahu sedar dari segala kenajisan ini. Bukan mereka tidak diberi akal tetapi lebih zat yang mereka dapat.
Mereka lupa.
Permainan mereka seperti merobek-robek anak patung barbie mereka sendiri. Jelas sekali mereka mempunyai hati hitam. Susah untuk dibasuh.
Memang kejam.

Thursday, October 27, 2011

White Shoes & The Couple Company live KL

 White Shoes and The Couples Company Live in KL

Date: 9th November 2011, Wednesday
... Time: 8pm
Venue: Black Box, MAP @ Publika, Solaris Dutamas
Admission: RM30 presale, RM40 at door

The White Shoes & The Couples Company, celebrated as one of the "best indie pop band to call Jakarta home" by Allmusic.com will play alongside local band, Khottal and French band SayCet to transport the audience into a different dimension of poetic and mesmerizing soundscapes and melodies.

Formed in 2002, The White Shoes & The Couples company blends 1960’s Burt Bacharach-inspired melodies with winsome indie pop to create a truly unique sound that bring us back to the 1970’s or even to the 1930’s, with charming, distinct melodies and orchestration. Singing in both English and Indonesian, they have been named "one of the Top 25 bands on MySpace" by Rolling Stone, featured in Times Magazine and praised by Pitchfork.

Best ni!

Parkway Drive


Wednesday, October 26, 2011

Dasar buaya

"Dasar buaya!"

"Aku bukan jenis begitu"

"Yela, aku saja yang tikam dari belakang guna mulut buaya aku"

"Pak ang!"

*Berubahlah, tiada siapa hendak mengundi erngkau.

Friday, October 21, 2011

Mendaki

Berbeza hidup,
berbeza cara,
berbeza adab.

Segala fizikal dan mental aku luahkan,
ia letih,
tapi kepuasan. Memang aku puas.
Hujan,panas, ribut segala-gala aku rasai.
Hanya kehijauan yang melihat aku.

Puas,
aku puas,
sememangnya aku puas.

Nikmat tuhan yang diberi,
terpukau penglihatan,
ia tidak boleh menikmati dengan kata-kata,
memang luas,
memang besar,
memang tenang.

Aku puas.

Tuesday, October 18, 2011

Monday, October 17, 2011

Santai

Santai.
Hati aku mahu kehijauan.
Itu yang aku mahu sekarang.

Saturday, October 15, 2011

Pilihan



Warna hijau,
hitam,
putih,
merah,
kuning,
biru.

Apa yang hendak diragukan?
hanya perlu fikir dan tetapkan pendirian.

*gambar yang tiada kena mengena.Hanya senang hati

Friday, October 14, 2011

Acah 1

Bukan hendak berbalah,tapi untuk keadilan. Aku tak salah engkau yang salah. Bersuara untuk kebenaran bukan hendak menghuru-harakan.

Memang engkau selalu begitu.

Ramai yang menyokong kau, tapi engkau berlagak angkuh seperti kura-kura yang cuba mengejar arnab lumba lari. Riak.

Thursday, October 13, 2011

Takut

Takut ditakut,
ketakutan menakut,
apa yang ditakut,
penakut tahu apa yang ditakut,
takut penakut,
memang ada rase takut,
takut penakut menakut ditakut,
tapi tetap rasa takut.

Apa yang perlu buat.
Takut

Wednesday, October 12, 2011

Exam

"apa yang engkau tekunkan tu?"

"nak peroleh masa depan ni"
Jari aku tidak henti mengira moment.

Thursday, October 6, 2011

Saturday, October 1, 2011

Urat mata

Plan, section, elevation, 3D perspective, site context, site plan, concept, presentation board.

"dah settle?"
"belum"
"model"

mata kuyu jepun.


Sesebuah bangunan

Intipati sebuah bangunan konkrit atau bahan lain adalah kehidupan.
Ia juga ada cerita dan sejarah.
Pahit dan manis.
Bukan pandangan yang cantik dan bentuk, tapi cari setiap sudut yang ada. Sama ada bentuk atau aliran setiap ruang yang ada.
Sebab apa bersegi, ada sebab.
Sebab apa bersudut, ada sebab.
Sebab apa bulat, ada sebab.

Aku kepanasan dalam ruangan ini. Pencipta dan pemikirnya masih tidak jelas dengan semua ini.