Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya!

 Selamat hari raya Aidilfitri aku ucapkan pada seluruh muslim di dunia. Mengharap seluruh umat tidak berpecah belah, tidak berperang sesama sendiri dan bersatu berjihad demi Islam. Bukan hanya mendapat duit raya atau habisnya puasa, tetapi menghayatinya tentang kesusahan dan bersabar, dan sentiasa mengingati manusia yang lebih susah dari kita. Bukan untuk ditindas atau mementingkan diri, tetapi menolong.
Bangunan mempunyai satu tiang akan runtuhlah strukturnya, tetapi jika banyak sokongan tiangnya gagah bangunan itu didirikan.

Friday, August 26, 2011

Belum bergerak

Ramai yang sedang lari ke timur dan selatan,
bagaimana rakus mereka dengan keseronokan.

aku masih di tengah - tengah.
bosan.

Thursday, August 25, 2011

Aku mahu tanpa kopi


Luasnya padang,
selama ini ia kecil,
luasnya tapak tangan,
selama ini ia terkepit.

Sekarang ini aku mahu jadi kau,
hanya tahu goyang kaki,
berdansa kekiri dan kekanan,
meminum ais kacang yang enak diwaktu panas,
tanpa kopi,
itu aku mahu.

Tapi itu sementara,
kerana sebentar nanti,
ada yang patut dikerjakan,
patut difikirkan,
memberi sinopsis yang pendek.

Aku mahu tanpa kopi.

Wednesday, August 24, 2011

Friday, August 19, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Cuba menjadi J ke B














Ternyata ia lebar,
ternyata ia besar,
ternyata ia lain dari biasa.

Apa yang dibahas hanya itu saja kita mendengar,
apa yang ditindas hanya itu saja kita bertindak.
Memikir guna ketiak kaki,
ketiak siku pun difikir,
pernah terjumpa kedua-dua ketiak itu?
bentuk dan rupa sahaja yang sama tapi panggilan yang lain.

Bila membentuk bukan untuk diperintah,
bila dirupa jangan dimuntah.

8H - The 8-House



Konsep yang bernas.

Sunday, August 14, 2011

Design III B

Waktu aku berjaga sekarang adalah malam, waktu untuk sementara mati waktu siang.
Untuk mentoleransikan minda dengan mencipta bersama manusia dan alam sekeliling.

Saturday, August 6, 2011

Buntu


Dataran yang luas hanya ada rumput, tapi kering. Dalam otak hanya memikir apa yang patut aku lakukan? meragut?memotong? atau tengok saja?
Adakah itu perbuatan yang harus aku lakukan?
Itu hanya sebuah pemikiran yang hanya berfikir tanpa saluran yang ada akal. Ada fikiran tapi tiada akal. Manusia memang ramai yang memiliki kedua-duanya, tapi saling menggunakan satu saluran. Ada manusia yang hanya ada fikiran tapi tiada akal.
Bukan untuk dibanggakan ada fikiran atau akal. Tapi kenapa mereka sering mencipta selipar berbentuk kaki, bukan tangan atau kepala..

Wednesday, August 3, 2011

Sogokkan

Aku tidak kisah akan dengan kekayaan engkau. Bukan aku minta-minta untuk menjadi kapitalis. Cukup sesuap yang aku makan walaupun sebutir beras.
Segala yang makan adalah najisan. Engkau seperti makan babi dan meminum todi.
Engkau bekerja mencari rezeki.
Tetapi malang....
Sering menindas seperti anjing menggonggong tulang, menjadi toyol menyuruh merompak duit, itu bukan aku. Engkau kapitalis yang berpegangkan dengan tuhan angka, bermalaikatkan dengan harta, bernabikan dunia.

Tuesday, August 2, 2011