Thursday, March 31, 2011

Iron and Wine - Flightless Bird, American Mouth



Beautiful. Memorizing. Peaceful. Unique. Captivating. Breathtaking.

Wednesday, March 30, 2011

Anak ikan

Ikan keli,ikan bawal,ikan kembung, ikan duyung dan ikan yu. Mencari kelegaan selepas pertarungan mencari idea tamat. Melepaskan apa yang tersemat dihati, menjerit, ketawa, menangis dan senyap. Ikan-ikan ini telah mak ilui-ilui di kolam sunway yang terbentang luas.

Tuesday, March 29, 2011

Batman

Aku bermimpi....

Aku seorang batman yang kecut pada penjahat. Yang tiada kelebihan apa-apa. Hanya mampu menembak dengan sumpit yang pelurunya hanya air.

sab!sab! menembak kearah jocker!

Jocker pandai terbang. Aku mengejar. Sambil terbang dia terlanggar sebatang pokok yang besar. Jocker bertukar ketawa pada menangis. Aku menyumpit pada dia dengan selajunya.

Aku menyumpit air susu pada mulutnya untuk memberhentikan dia menangis yang seperti bayi menangis. Aku mahu ketawa dan kegembiraannya semula.

Sunday, March 27, 2011

Isu




Aku tongkat kan kepala mengadap ke utara.

Pelbagai isu-isu dikepala aku disimpan. Berputar-putar disetiap sudut di dalam kepala otak ini. Air mata tiba-tiba mengalir dengan sendiri. Apa yang harus aku lalui?

Menarik nafas panjang dan hembus.

Wednesday, March 23, 2011

Senyum


Senyum,
mata cair melihat,
hati gugur dilantang.

Senyum,
jiwa terpikat,
minda dikenang.

Senyum,
berduka bertukar,
naluri berganjak senang.
Walau di mana,
senyum,
senyum senyum.

Tuesday, March 22, 2011

Study



Aku baring. Lepas 5 minit, duduk atas kerusi pula. Sekejap lagi guling-guling.

Senyap suasana sekeliling.

Diri mendidih yang tersimpan didiri membuak-buak. Aku harus fokus pada perbahasan di hadapan. Letih serebrum mengepam minda untuk mengingat.

shh..

Bermula dengan doa dan diakhiri dengan doa juga. Besok periksa.

Monday, March 21, 2011

Portfolio


meneran perut hingga sakit,
pedih menahan,
di silang-silang surat meyilang,
di tempatkan dengan susunan.

cetusan idea berkumpul,
segala datang dari enzim akal,
segalanya akan disangkal,
diri pokok pangkal.

bukan untuk dibicara,
dah juga wawancara,
tapi untuk bersuara,
diconteng kertas padanya.

Tuesday, March 8, 2011

Youth Group - Forever Young



This song brings back the best memories.
Thinking that I would never want to grow up.

Monday, March 7, 2011

Notis


Mencucuk,
menyakat,
itu menjadi kebiasaan.
Ulangan,
berkata pada ayat yang sama,
kata-kata dari hati senyum.