Monday, November 21, 2011

AAAUUUMM!

Tidak ada untuk diperkatakan, Kitalah juara. Tahniah pasukan harimau muda yang telah bermati-matian untuk kemenangan Malaysia.Demi cakaran dan cakaran harimau yang telah beri dan akhirnya berjaya.

Tahniah..

Dan tidak lupa juga selamat berjaya pada sukan yang lain untuk memenangi pingat emas.

AAAUUUMM!

Saturday, November 19, 2011

Fikir, fikir lagi.

Aku sendiri saja.

Fikir.

Fikir lagi.

Ada benda yang tidak kena pada diri ini. Melihat kolam biru yang menyinar dimata. Ranjang dan terjun. Akhirnya aku kentut juga.

Lega. Segumpulan buih naik keatas.

Argghh..

Friday, November 18, 2011

Kesusahan mengajar

Bila hidup senang. Memang susah hendak sesuaikan diri untuk susah. Tapi aku amat memahami apabila susah dan senang.

Aku bersyukur kerana kesusahan mengajar segala-galanya.

Biar merangkak dahulu, bukan terus berdiri. Bila sudah tahu berdiri, kita berjalan, berlari dan melompat.

Thursday, November 17, 2011

M.A.M Store Ads

Click this word!
Hey shopaholic , Mix and Match #1 is available . Grab them now ! Happy shopping everybody!
Marilah singgah dan lihat pakaian blogshop aku. Jika berminat hendak beli, ada tertera segala informasi di situ. Terima Kasih.

Monday, November 14, 2011

Panas

Aku tenung ke arah awan. Memang nasib aku.

Tahi burung telah menepek ke arah muka. Panas.

Sunday, November 13, 2011

Friday, November 11, 2011

Coldplay - Paradise



Everyone imagines a different one
11.11.11
everybody take this 1 and imagines.

Thursday, November 10, 2011

Majoriti

Rasa sudah gah?
Rasa sudah cantik?
Majoriti.
Jangan takut, memang sentiasa begitu.
Akan ramai akan memuji.

Wednesday, November 9, 2011

Nekad

"Aku nekad!"

"Nekad apa nya?"

"Nekad..eemm..aaa..."

"Cakap betul-betul. Apa tu?"

"Sorry silap,aku naked!"


Tuesday, November 8, 2011

Meronta-ronta

Aku lelap mata dan bermimpi.

Dimana aku??
Kenapa aku dikeliling oleh orang yang aku kenali. Adakah mereka zombie yang ingin memakan aku. Aku ditarik ke atas dan tiba-tiba jatuh rebah kebawah.

Sedar. Sekeliling aku gelap.

Aku berjalan kehadapan tanpa arah tuju untuk mencari jalan keluar.
Dimana aku?
Dimana jalan keluar.
Tolong aku!Ya Allah!Tolong aku!

Menangis.

Aku cuba berlari dan lari tanpa henti. Tiada perasaan penat. Semasa berlari, tiba-tiba aku terjatuh di suatu lubang.

Pengsan.

Pabila sedar, aku dibungkus seperti orang yang sudah mati. Diselimuti dengan kain putih yang di ikat di kaki dan kepala. Aku meronta-ronta menjerit.Tolong!Tolong! Aku berada di dalam lubang yang kecil dan sempit. Susah aku mahu keluar dari situ. Tiba-tiba ada kayu menutupi lubang ini.

Adakah aku sudah mati?Tolong. Jangan tanam aku. Aku meronta-ronta. Tolong!

Aku tersedar dari mimpi itu.

Tersandar di dinding dan senyap.

Air mata mengalir.

Sunday, November 6, 2011

Salam aidiladha

Salam aidiladha untuk keluarga dan rakan-rakan sekalian. Fikirkanlah pengertian aidiladha itu sendiri dari segi konteks sejarah dan pada masa sekarang dan mengambil pengertian dan iktibar dari menerusi pada diri sendiri atau umat Islam di sekeliling.

Alhamdulillah.

Friday, November 4, 2011

Isi

Setiap helaian aku membelek.
Setiap helaian aku membaca.
Tapi hanya perkataan.
Dimana kata-kata kandungannya?

Menghembus nafas.
Tutup.

Thursday, November 3, 2011

Kisah Mui,Ultraman dan Raksasa 5 - Hati dan perasaan

Mui terkejut setelah mendapat tahu bahawa ultraman mendapat barah hati. Menangis tidak henti. Raksasa amat sedih dengar dengan berita itu kerana raksasa adalah sahabat karib ultraman dari kecil dan Mui adalah buah hati kepada ultraman.

Ultraman disarankan untuk menjalani pemedahan dengan segera.Raksasa telah sukarela untuk mengantikan otaknya kepada hati ultraman. Mui terkejut dan berbangga dengan raksasa.
Sebenarnya raksasa mempunyai perasaan suka pada Mui. Tetapi Mui tidak mengetahuinya. Perbuatan raksasa ini adalah udang disebalik batu.

 Ultraman dan raksasa sedang menjalani pemedahan.

Akhirnya, ultraman dapat diselamatkan tetapi raksasa tidak dapat diselamatkan. Sungguh sayu ultraman dan Mui kerana sahabat mereka tidak dapat diselamatkan. 

Sebenarnya raksasa masih hidup di dalam hati ultraman kerana raksasa mahukan Mui dan sanggup berkorban untuk mendapatkan Mui. Raksasa merasakan yang dia telah merampas Mui dari ultraman dari hati.


Tuesday, November 1, 2011

Perasaan rentung

"Bro, engkau ni jiwang bagai la"

"Kenapa?"

"Pelik."

"Aku ada hati dan perasaan yang rentung sekarang ni."

"Hahh?"

Monday, October 31, 2011

Acah 2

Memang kerja engkau memutar belit.
Lebih dari kata-kata.

Engkau hanya mahu menawan orang lain dan mementingkan diri engkau sahaja. Dari A ke B dan tiba-tiba ke G. Cerita songsang engkau cuba lakukan dan mengaburi orang lain.

Itu sahaja yang kau tahu. Tapi kosong.

Sejak dari zaman harga tora rm0.80 sehingga menjadi rm1.50, engkau tetap sama. Tiada perubahan.

Sunday, October 30, 2011

Fix you

Badan tiba-tiba berubah, terasa seperti disentap elektrik yang berarus laju. Kenapa? Terasa longlai dan lemah tiba-tiba.

Hati tidak tenang.

Air mata sentiasa menjatuhi disudut perasaan. Ia bercerita seperti ada kegembiraan atau kesedihan. Hanya mampu baring tanpa seurat benang.

Kehendak yang ingin dilakukan tapi gagal. Bukan untuk suka-suka tapi untuk kegembiraan. Tapi masih gagal untuk mengembirakan. Adakah ia di sumpah dengan kesedihan? Harus mencuba untuk memperbaikikannya.

Hanya terdiam terpaku.

Fikir.

Dan tidak henti berfikir.

Berilah ia memperbaikan situasi itu. Ia mampu membawa kegembiraan. Masih mencuba dan cuba lagi. Banyak kekurangan pada diri. Itu adalah pembelajaran apa itu kehidupan.

Sudah dua puluh kali aku mendengar dan melayan Coldplay - fix you.


Friday, October 28, 2011

Mereka

Kerap untuk menutupkan mulut sendiri. Bukan bisu.
Hanya melihat apa yang dibuat oleh mereka. Mereka. Bukan aku.
Bila mereka mahu sedar dari segala kenajisan ini. Bukan mereka tidak diberi akal tetapi lebih zat yang mereka dapat.
Mereka lupa.
Permainan mereka seperti merobek-robek anak patung barbie mereka sendiri. Jelas sekali mereka mempunyai hati hitam. Susah untuk dibasuh.
Memang kejam.

Thursday, October 27, 2011

White Shoes & The Couple Company live KL

 White Shoes and The Couples Company Live in KL

Date: 9th November 2011, Wednesday
... Time: 8pm
Venue: Black Box, MAP @ Publika, Solaris Dutamas
Admission: RM30 presale, RM40 at door

The White Shoes & The Couples Company, celebrated as one of the "best indie pop band to call Jakarta home" by Allmusic.com will play alongside local band, Khottal and French band SayCet to transport the audience into a different dimension of poetic and mesmerizing soundscapes and melodies.

Formed in 2002, The White Shoes & The Couples company blends 1960’s Burt Bacharach-inspired melodies with winsome indie pop to create a truly unique sound that bring us back to the 1970’s or even to the 1930’s, with charming, distinct melodies and orchestration. Singing in both English and Indonesian, they have been named "one of the Top 25 bands on MySpace" by Rolling Stone, featured in Times Magazine and praised by Pitchfork.

Best ni!