Tuesday, November 8, 2011

Meronta-ronta

Aku lelap mata dan bermimpi.

Dimana aku??
Kenapa aku dikeliling oleh orang yang aku kenali. Adakah mereka zombie yang ingin memakan aku. Aku ditarik ke atas dan tiba-tiba jatuh rebah kebawah.

Sedar. Sekeliling aku gelap.

Aku berjalan kehadapan tanpa arah tuju untuk mencari jalan keluar.
Dimana aku?
Dimana jalan keluar.
Tolong aku!Ya Allah!Tolong aku!

Menangis.

Aku cuba berlari dan lari tanpa henti. Tiada perasaan penat. Semasa berlari, tiba-tiba aku terjatuh di suatu lubang.

Pengsan.

Pabila sedar, aku dibungkus seperti orang yang sudah mati. Diselimuti dengan kain putih yang di ikat di kaki dan kepala. Aku meronta-ronta menjerit.Tolong!Tolong! Aku berada di dalam lubang yang kecil dan sempit. Susah aku mahu keluar dari situ. Tiba-tiba ada kayu menutupi lubang ini.

Adakah aku sudah mati?Tolong. Jangan tanam aku. Aku meronta-ronta. Tolong!

Aku tersedar dari mimpi itu.

Tersandar di dinding dan senyap.

Air mata mengalir.

8 comments:

  1. aku pernah melihat diri sendiri ang tak keruan meyakinkan semua orang, aku belum mati. Kebiasaannya aku mimpi org yang aku sayang yang mati. wuuu. berjejeran air mata.

    ReplyDelete
  2. memang betul2 mimpi mcm tu ke?takutnye(T.T)

    ReplyDelete
  3. memang.ni kisah benar tau dapat mimpi macam ni

    ReplyDelete
  4. tu baru mimpi pun dah menakutkan. tiba saatnya langsung tak berdaya buat apa-apa.

    ReplyDelete