Thursday, May 31, 2012

Mudah untuk menangis

Memang mudah kita menangis,
gembira,
sedih.

Perkara yang diinginkan,
senyum dengan pelangi.

Perkara yang dielak,
senyum dengan mendung.

Memang mudah kita menangis,
biarlah saja,
biarkan ia keluar dengan sendiri,
selagi kental di sambut,
biarlah saja,
biarkan ia keluar dengan sendiri.

Memang mudah kita menangis,
gembira,
sedih.

Tuesday, May 29, 2012

Makan asap

Anak kecil bertanya pada ibunya.

"Kenapa ibu makan asap?"
"Ibu punya vitamin."
"Maknanya saya pun makan vitamin dalam perut ibu kan"

Ibu senyap dan membuang makanan asapnya itu.

Monday, May 28, 2012

Hari yang masih hidup

Merasa ada yang menggoncangkan,
merasa ada yang mencincangkan,
masih terkedu dengan apa yang rasa,
terbeku diminda pula,
ia datang,
dan datang tanpa segan,
tanpa izin,
ia datang juga.

menongkatkan daku,
mata yang layu,
fikiran dipenuhi dengan lalang,
bernafas dengan nafas yang pendek,
sesak,
sesak sungguh.

Mungkin esok,
atau hari yang masih hidup,
dimudahkan.

Sunday, May 27, 2012

Dah besar mahu menjadi apa?

Sedang ngajar berenang..pertanyaan yang membosankan. Cikgunya hanya menjadi peramah.

"korang dah besar nak jadi apa?"
"saya tak tahu lagi cikgu, tapi nak jadi macam cikgu la kot"
"kamu faris, mahu jadi apa?"
"emm..saya nak jadi.. saya nak kerja carefour dekat rumah saya cikgu"
"lorr..kenapa?"
"sebab dia dekat dengan rumah saya, senang nak pergi kerja dan nanti boleh makan dekat rumah je"

Separuh air kolam terminum oleh cikgu.

Friday, May 25, 2012

Tunggu!

Dia berguling,
jauh,
jauh dari penglihatan aku,
aku cuba memanggil,
sehingga buah khalkum terpantul keluar,
tunggu aku!
tunggu aku!

Pabila matahari terbit,
baru dia muncul tanpa maaf.

Friday, May 18, 2012

Itu sahaja

Menghirup cendol yang melegakan tekak.

Slurpp..

Angin bertiup tanpa henti dengan gerak sepoi-sepoi. Aman sekali. Melihat sekeliling dengan gelagat jasad-jasad tidak seimbang dan semuanya tidak sempurna. Mereka sibuk. Tapi aku di sini masih menghirup cendol yang amat tenang di jasad hina ini.

Bomm!

Apakah?
Terlihat motor dilanggari oleh kereta yang tidak kurang mewahnya. Tiba-tiba bising di sekeliling. Bibir manusia sudah mula bersuara untuk menyampai berita yang tidak tenang.

Semata-mata melihat jasad yang bertukar dari laki ke perempuan mereka berlanggar. Itu sahaja.

Wednesday, May 16, 2012

Nyaringan mono



Aku mengadap ke skrin untuk tatapan hati. Tetapi buntu. Buntu sangat. Apa yang harus aku lakukan. Mereka kehidupan seekor raksasa, seorang Mui dan apa yang harus dipanggil untuk ultraman?

Adakah sebuah?seorang ultraman?

Dengaran alunan mono ke telinga. Aku seperti melayang sebentar. Terkapai-kapai sehingga aku tidak mahu jejak ke tanah yang penuh dengan isu dengan manusia. Patutkah kita harus pecah belah kerananya? Berdebat ke sana ke mari tanpa tiada lakukan apa-apa. Adakah itu jawapan? Menuduh sana demi maruah sendiri dan hanya memperjuangkan hak sendiri.

Aku sungguh asyik dengan alunan mono yang nyaring. Buah fikiran aku sentiasa ingin menanyakan sesuatu dan ingin dapatkan jawaban yang jitu.

Di hati berkata " Tolong wahai ultraman, terbangkan aku ke awan untuk aku bebas.. raksasa, makan lah manusia selagi ada manusia durjana..Mui, engkau memberi penyeri hidup aku."

Tuesday, May 15, 2012

Aku sebagai cikgu renang


Setahun berbaki setengah tahun untuk dua tahun sebagai pengajar separuh masa. Aku tidak serik dengan generasi yang datang. Aku mengajar generasi dengan kesabaran. Merengek, menjerit, menangis, nakal adalah kanak-kanak. "Cikgu tengok saya renang!" teriak pelajar aku. Aku lihat dan tertawa kerana telatahnya. Ada aku marah, melenting, menengking tapi aku tetap sayang mereka.

"Renang!!" teriak aku.
"Kalau tak mahu renang cikgu lemaskan!" teriak aku lagi.
Mereka teresak-esak. Mereka yang merengek, menangis, takut pada air untuk renang akan aku lemaskan. Tidak kira jantina. Aku tetap lemaskan. Itu caranya untuk aku mengajar.

Setelah sekian lama mengajar, mereka berani dan tidak henti untuk berenang. Aku melihat setiap saat dan detik generasi ini untuk berjaya.

"Jom ikut cikgu main lompat-lompat kat papan anjal" ajakan aku pada mereka untuk berseronok.

Pada mulanya memang terasa kepayahan seperti membuka skru yang ketat. Tapi lama kelamaan dan dengan cara yang betul ia akan tetap longgar untuk membukanya. Dari 'zero ke hero'. Aku sebagai cikgu renang.

*Aku sentiasa di kompleks renang cheras mengajar renang.Boleh register belajar renang di sana.

Monday, May 14, 2012

Mengadap

Bersengkam mata,
mengadap.

Minda siput,
mengadap.

Tapi aku masih kuat di sini,
ada kau tahu?
memang engkau tidak kisah,
mengadap.

Jasad ini masih muda,
fikiran masih segar,
mengadap.

Aku mengadap,
tapi aku beradap,
bukan biadap,
aku masih mengadap.


Sunday, May 13, 2012

Tapi masih

Kuat bekerja,
tapi masih berseronok.

Kuat tidur,
tapi masih berseronok.

Kita saja yang menentukan.

Wednesday, May 9, 2012

Makhluk bogel!

Berjalan di satu kawasan yang tiada tumbuhan. Berasap hitam muncul dihadapan Mui. Adakah ia satu lembaga? tertanya pada dirinya. Adakah Mui sesat dengan kehidupan yang penuh misteri ini?

Di mana?
Di mana?

Mui harus mendapat jawapan itu. Dengan tidak berpakaian dan hanya berbogel berjalan di sebalik asap hitam itu. Amat busuk sekali asap itu. Seperti bau makanan yang busuk di campurkan dengan rasa-rasa yang jijik. 

Ada sesiapa di sini?
Tolong aku! Tolong!

Terlihat ada satu langsir yang besar tergantung dengan sendirinya. Mui amat takut. Amat takut sekali. Mui cuba melihat disebalik langsir itu. Terdengar seperti di sorak oleh orang ramai. Mui memasuki disebalik langsir itu dan di sorak oleh makhluk pelik seperti raksasa yang berbulu. Mui merasakan dirinya seperti seorang jaguh rock.

Raksasa yang menyorak Mui menjerit. Makhluk bogel!makhluk bogel!makhluk bogel! Tapi Mui tidak merasa malu dengan kebogelannya. 

Bogel!Bogel!... Mui diserbu dan dicakar-cakar tubuhnya sehingga daging sahaja yang ada. Mui dihantar di planet dimana dia harus hidup.

Terseksa.

Sejak itu, Mui memakai pakaian dengan sopan. Dan tidak berbogel atau separuh bogel dan menjaga auratnya dengan baik.


Tuesday, May 8, 2012

Menagih atap batu







Dihembunya,
disepui-sepuinya,
untuk menenang akal dan jiwa.

Menghembusnya,
mengsepui-sepuinya,
hanya kehendaknya.

Kadang kala,
jarang-jarang,
sekali sekala,
menikmatinya.

Di sini aku menagih atap batu.

Monday, May 7, 2012

Siulan dan nyanyian burung

Where did you sleep last night, gegaran gegendang telinga pada waktu tengah malam dingin yang di dendang oleh nirvana. Memang teransang aku punya akal tunjang sebelum tidur.

Di luar tingkap ada sebatang pokok yang merangkak untuk mengenal erti kehidupan. Bersiul seekor burung, yang cuba untuk berkata. Dalam hati berbisik "apa yang engkau membebel malam-malam macam ini". Tapi bercampur dengan dendangan keras kurt cobain memang kombinasi yang serupa. Seperti burung itu menyanyi lagu ini.

Aku ulangkan lagu yang sama. Bersiul dan bernyanyi lagi burung itu.

Aku melayari web google translate. Dan cuba mengubah siulan burung itu kepada bahasa manusia. Aku menaip "Tuitt tuuttt tuuiittt tuuiittt tuiittt tutt".
Menekan tetikus pada "translate"

Baru aku memahami. Maksudnya " Oi manusia!pergi tidur. Jangan memekak, aku pun mahu tidur!"
Baik, minta maaf.

Sunday, May 6, 2012

Fashion Bazaar with Nogen Cloth.


Mari datang bershopping dan bershopping di Nogen Cloth. di booth 3.
Ini adalah E-shopped baru aku bersama dua rakan wanita sunti yang ingin menjadi kaya cepat. Mari shopping. Ada acara lagi yang kami ikuti dan kami akan memberitahu anda setiap acara yang kami akan mencari rezeki.



Saturday, May 5, 2012

Error

Error.
Itu seperti pelengkap hidup yang kita tidak tahu apa terjadi masa akan datang. Dari tengah berdiri di landasan kereta api, bersendirian. Apa yang harus lakukan.

Itu saja pertanyaan yang sering ditanyakan apabila dalam keadaan error.

Terdengar bunyi seperti raksasa yang mahu menyerang. Tapi tidak gentar sekali pun dari landasan itu. Makin dekat dan makin dekat. Akhirnya memang tegak berdiri dihadapan diri ini.

Masih lagi tidak berganjak.

Sebuah pacuan besi yang amat bengis bergerak laju dihadapan diri ini. Masih berfikir. Ini semua hasutan syaitan, tidak patut begini. Terus berganjak dengan sambil berfikir apa yang dilakukan.

Thursday, May 3, 2012

Pemimpin mana?

Penegar puak di sana,
penegar puak di sini,
di mana harus duduki?
manakah yang benar?

menuduh sana,
menuduh sini,
siapa yang benar?
tiada yang siapa yang kehadapan?

mencaci sana,
mencaci sini,
tiada siapakah berani?
pemimpin mana?

pemimpin mana?
aku bertanya,
siapa pemimpin yang memimpin?

manusia bertanya-tanya.

Siapa?
mana pilihan nya?

Akan tetapi bercerai kerana mereka,
bermusuh kerana mereka.

Pemimpin mana?

Tuesday, May 1, 2012

Tolong pulihkan

Mui punya hati tercabut. Raksasa punya jiwa sakit. Ultraman punya raga terkepung. Mereka bertiga ingin memulihkan keadaan mereka seperti normal. Pawang telah mereka ketemu tapi gagal memulihkan nya. Doktor, tapi gagal juga.

Mui,raksasa dan Ultraman cuba untuk memulihkannya tapi masih gagal juga. Apa yang harus mereka lakukan? bunuh diri? itu tidak baik untuk mereka.

"penulis! apa yang harus kami bertiga lakukan?" mereka bertiga tanya sama penulis.
"emmm" penulis memikir.
"tolong penulis!tolong penulis!" merayu mereka bertiga.
"baiklah, aku tolong menukarkan cerita kamu bertiga. Mui punya hati yang baik, raksasa punya jiwa tenang, ultraman punya raga bebas. Pulih dah?" jelas penulis.
"terima kasih" ucap Mui, raksasa dan ultraman.