Monday, July 26, 2021

Tunggu arahan CEO

Masuk 5 hari bekerja di pejabat.

Selebihnya di rumah.


Tunggu arahan CEO.

Tapi rasa bersalah tiada lakukan apa-apa.

Ada kerja boleh bantu?

Tunggu arahan CEO.

 

Wednesday, July 21, 2021

YB

 Raksasa cuba membantu. 

"Ada yang susah?mari beratur dapatkan bantuan."

Raksasa yang di kenali YB (Yang Bangsat) di antara penduduk Kg Gurau. Dia di datangi dengan berpakai berkemeja tertera dengan logo sembah bumi menjadi tuhan dan kenderaan kanyangan yang menunjukkan kejayaan manusia untuk dilihat.

Kg Gurau mengalami bencana penyakit yang amat teruk di kawasannya. Sudah setahun kesusahan rakyatnya susah tanpa ada satu bantuan yang menolong. Salah sorangnya yang mengalami kesusahan dari segi kewangan ada Mui. Mui dahulunya seorang tukang sapu di sebuah syarikat kecil. Tapi memandangkan wabak ini berlaku dengan cepat, majikannya memberhentikan Mui dan syarikat tersebut di tutup. Setahun menganggur dan simpanan mula cair tiap hari.

Ultraman pergi ke Kg Gurau untuk menolong dan membantu orang-orang yang susah di sana. Dia memberi bekalan makanan kepada penduduk tanpa menempah pelekat nama di bantuan makanan. Keikhlasan menjadikan dia terus untuk membantu dan mengetuk tiap rumah di kawasan penduduk di situ. 

Mui menerima bantuan dari Ultraman dan cukup untuk sekeluarga makan dan modal untuknya meniaga kecil-kecilan. Penduduk di situ amat berbesar hati untuk menolong juga ultraman untuk membantu. Bantuannya bukan sekadar makanan tetapi menolong mereka cuba untuk berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan.

YB kawasan itu amat menggeli telinga pabila ada ultraman membantu penduduknya. Penduduk amat membenci YB Raksasa tersebut kerana sebelum ini tanggungjawabnya tidak dilaksanakan tapi ramai penyembah YB Raksasa ini disekelilingnya kerana duit. Apabila diketuk baru kerja jalan. Itu sifat Raksasa tersebut. Dia bangga dengan kekayaan yang ada terhadap dirinya.

Dengan berbaju putih berjalan memasuki dewan dan mengarahkan penyembahnya memanggil penduduk di situ untuk menerima bantuan. YB  Raksasa tersebut bersiap sedia ke pentas dan cuba mencari kedudukan untuk bergambar setiap penduduknya. Dia juga mengarahkan Ultraman untuk memberhentikan sumbangannya terhadap penduduk kampung dengan alasan sumbangan itu tidak sah dan tidak disalur dengan betul.

YB Raksasa menunggu penduduk kampung untuk datang tetapi tiada seorang kelihatan. Mui datang ke dewan dan seluruh media merakam Mui. Mui menjerit. 

"Wahai Yang Bangsat! Kami sanggup berlapar dan tidak akan sentuh dengan sumbangan yang bergambarkan logo keparat! Kau hanya mahukan pangkat dan harta!"

"Akhir kata, Yang Bangsat kau makan bantuan kau sendiri".

Media dan YB Raksasa tergamam dan berlalu pergi dari dewan tersebut.

Terima kasih Ultraman. Ultraman digelar Yang Baik.

YB.

Saturday, June 19, 2021

PKP lock down

Kerajaan memaklumkan PKP lock down bermula. 

Dia marah waktu-waktu covid sebegini sebab dia hidup susah, suami dicutikan tanpa gaji, ketandusan duit bulanan dan mengharapkan duit dari kerajaan.

Dalam media sosial, dia maki dan kutuk apa kerajaan cuba buat. Dia cuba memberontak yang lock down ini hanya sia-sia. Sedangkan dia masih bershopping online, minum kopi mahal warna hijau ada muka dan tunjuk makanan sedap di media sosial. 

Dia hanya fikir dia sahaja yang bermasalah.

Lihat ada satu comment di media sosial dia

"oi senyap. simpan duit & berjimat." orang yang tak dikenali.

Thursday, June 17, 2021

Wednesday, June 16, 2021

Temuduga seorang buruh

5 Tahun lepas, seorang buruh memasuki kelas jepun dan perancis kerana pekerjaan dia memerlukan bahasa tersebut. Dia bekerja di jepun 2 tahun dan perancis 3 tahun. Seorang buruh banyak pengalaman terhadap kerjayanya. Majikannya amat suka dengan kerja dan idea dia. Dia amat fasih terhadap bahasa di negara dia bekerja.

Selepas itu seorang buruh balik ke Malaysia untuk bekerja di sini. Seorang buruh mencari kerja di pelbagai laman sesawang mencari kerja. Seorang buruh ini masih menunggu. Kebanyakkan seorang buruh ini terlihat didalam bahasa yang diperlukan untuk bekerja adalah bahasa inggeris dan mandarin. Mana perginya bahasa kebangsaan? Sedangkan negara lain memerlukan bahasa ibunda mereka. Tapi di sini hampa. 

Bila seorang buruh pergi ke temuduga.

"Hi, i'm seorang buruh"
"Hi. Hurmm.. Your know to speak in Mandarin?"
"Nope"
"I think a bit difficult you to communicate with our staff here"
"Bahasa Melayu takkan mereka tak faham? You?boleh faham bahasa melayu?"
"I sikit-sikit can la..but others abit difficult."
"but i can speak in english. So what? so cannot understand? go learn more bahasa malaysia la bro. so this company determine work on language ke? I'm off"


Tuesday, June 8, 2021

PKP 3.0

 Kali ini PKP 3.0 agak rancak di luar. Dari jendala kelihatan kelibat kereta-kereta ke sana ke sini. Tiap kali bangun dari mimpi akan ke jendela untuk lihat kereta-kereta dijalanan.

"Bila situasi ni nak settle?"

"Hurmmm"

"Inshaallah, ini adalah terbaik untuk manusia sejagat."

Berdoa. 

 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)

Sunday, March 14, 2021

Orang yang terbaik

 " Mak, kenapa orang yang terbaik pergi dulu"

" Bila kamu ada di taman, bunga mana yang akan kamu petik?"

"Bunga yang cantik"

Sepi. Dan memandang ke arah jendela.

Sunday, February 28, 2021

Baba


Perasaan kehilangan,
dia telah pergi,
dia pergi buat selamanya.

Selama kehidupanku dari kecil,
dia yang bertungkus lumus menjaga aku,
segala cara untuk membesarkan anak-anaknya,
sungguh aku berasa bersyukur dengan kasih dia,
dia tidak pernah mengadu,
letih,
sakit,
perit,
dia tetap berusaha untuk anak-anaknya.

Detik ini,
tidak lagi dengar tawa dia,
detik ini,
tidak lagi dengar suara dia,
detik ini,
nasihatnya yang bijak tidak lagi terucap,
Memori pada detik ini tentang kehadiran dia akan aku sentiasa sematkan.

Kini,
segala tugas-tugas dan kewajiban dia telah selesai.

Baba.









Wednesday, October 28, 2020

Minat 2020

 Mulai sekarang akan aku teruskan dengan minat 2020. Walaupun agak mencabar tahun 2020 tidak seperti disangkakan oleh wawasan 2020, aku akan teruskan juga minat 2020. Minat 2020 akan aku kayuh sejauh mana aku akan pergi. Masih ada waktu.


Inshaa Allah.

Monday, July 29, 2019

Suluk

Kebelengguan untuk mencari.

Siapa?
Pada hakikat?
Suluk nya masih panjang. Kapan untuk mengetahui.
Tapi jika ketentuannya, pasti akan ketemu.

Duduk memerhati burung terbang dan hinggap ke darat. Mengail-ngail sampah untuk dimakan. Apa yang menggerakkan dan dihajatinya untuk memakan sampah itu?

Sampai perkara aku cuba analisis. Pastikan ada jalan yang benar akan ditujui.

Saturday, August 4, 2018

Manusia bogel

"Aduh! Aduh! Sakit maa!"

Sedang berjalan ke tandas awam aku lihat ada rakan sekerja pukul punggung manusia bogel tanpa segan pilu di tandas dengan batang penyapu.

"Bro kenapa bro?"

"tak ada lah. Aku tengah berak. Dia mandi bogel. Lepas tu aku dengar dia mandi buat bunyi-bunyi yang lahanat!"

Aku terbayang apa yang dia buat. Aku tarik rakan aku keluar dari tandas.

"Dia buat bunyi. Ahh! Ahh! ahh!.. Dah la bogel! Culture kita bukan macam kat jepun. Orang lain tengok semua tak senang. Ada orang complain! So aku tegur dia tak nak dengar."

Aku cuba redakan keadaan. Aku tinggikan suara pada manusia bogel untuk mandi dalam shower cubicle. Aku lihat punggungnya sudah berbirat kemerahan.

"Bro... pergi lah mandi dalam cubicle."

"Ini toilet maa.."

"Toilet tak toilet. You pergi la mandi dalam sana. Ini bukan rumah you. "

Ada orang menyampuk dalam bahasa cina pada manusia bogel.

"Bro! mandi dalam lah!"

Manusia bogel ini memang tanpa segan silu angkat sabun, dan beg. Lepas itu, dia memakai tuala dan terus keluar ke kereta tanpa membersih sabun di badan.

Manusia bogel tanpa adap.

Friday, July 20, 2018

Layan tak mungkin layan

Mungkin tersebar,
seronok,
sedang nonton dengan berfikiran khayalan,
melayang ke angkasa,
mungkin lagi jauh dari itu.

Dua jari rapat,
janji tak buat lagi.
tapi masih seronok untuk layan.

Puas hati,
lapang dada,
cuba untuk tidak layan lagi.

Tetapi hati tak akan puas sampai bila-bila.

Monday, March 5, 2018

Pakej kaya dan bodoh. Sanjungan terkini.

Kagum dengan kepandaian dia. Tapi masih ada manusia menghamba kepandaian dia. Sebaliknya dia adalah bodoh. Tapi kepandaian menutupi kebodohannya. Dia memang pandai dengan kebodohannya. Sama seperti kaya. Ramai menyanjungi kekayaan dia. Tapi sebaliknya dia miskin. Masih dia tidak lihat dengan kemiskinan dia. Dia hanya kaya dengan harta. Tapi dia fikir yang dia kaya boleh lakukan apa-apa. Sebenar dia nampak kaya yang bodoh.

Aku maafkan dia kerana dia hanya nampak kekayaan dan tidak nampak kebodohannya.

Sanjungan masyarakat zaman sekarang. Sanjungan terkini.

Terima kasih.

Thursday, August 10, 2017

Tuesday, September 6, 2016

Semput dalam bidang

Awal bangun dalam tiada keikhlasan,
sampai bila waktunya,
waktu untuk berdiri dikaki sendiri,
masa habis mengkayakan manusia,
menghabiskan buah fikiran mencipta kapitalis,
aku benci,
kerana ia kapitalis.

Menganggukan pada kaki mereka,
mereka hanya fikir kapitalis,
orang macam kami siapa hendak fikir?
majoriti ingin menjadi kapitalis,
bidang ini membuat aku semput telur.

pe tu?
ngarut?
semakin hari meluat dan semput mengadap mereka kapitalis.

Wednesday, July 13, 2016

Hampir putus asa

Putus asa,
kerana apa?
sebab kelakuan yang sama,
sebab rutin tanpa tujuan,
sebab terus berulang,
setiasa patah tanpa ada kejayaan.

Mungkin perlu teruskan,
di mana arah akan masa yang akan tentu,
takdir,
yang hancur lebuh akan ada diubati.

teruskan setiap saat.