Saturday, August 4, 2018

Manusia bogel

"Aduh! Aduh! Sakit maa!"

Sedang berjalan ke tandas awam aku lihat ada rakan sekerja pukul punggung manusia bogel tanpa segan pilu di tandas dengan batang penyapu.

"Bro kenapa bro?"

"tak ada lah. Aku tengah berak. Dia mandi bogel. Lepas tu aku dengar dia mandi buat bunyi-bunyi yang lahanat!"

Aku terbayang apa yang dia buat. Aku tarik rakan aku keluar dari tandas.

"Dia buat bunyi. Ahh! Ahh! ahh!.. Dah la bogel! Culture kita bukan macam kat jepun. Orang lain tengok semua tak senang. Ada orang complain! So aku tegur dia tak nak dengar."

Aku cuba redakan keadaan. Aku tinggikan suara pada manusia bogel untuk mandi dalam shower cubicle. Aku lihat punggungnya sudah berbirat kemerahan.

"Bro... pergi lah mandi dalam cubicle."

"Ini toilet maa.."

"Toilet tak toilet. You pergi la mandi dalam sana. Ini bukan rumah you. "

Ada orang menyampuk dalam bahasa cina pada manusia bogel.

"Bro! mandi dalam lah!"

Manusia bogel ini memang tanpa segan silu angkat sabun, dan beg. Lepas itu, dia memakai tuala dan terus keluar ke kereta tanpa membersih sabun di badan.

Manusia bogel tanpa adap.

Friday, July 20, 2018

Layan tak mungkin layan

Mungkin tersebar,
seronok,
sedang nonton dengan berfikiran khayalan,
melayang ke angkasa,
mungkin lagi jauh dari itu.

Dua jari rapat,
janji tak buat lagi.
tapi masih seronok untuk layan.

Puas hati,
lapang dada,
cuba untuk tidak layan lagi.

Tetapi hati tak akan puas sampai bila-bila.

Monday, March 5, 2018

Pakej kaya dan bodoh. Sanjungan terkini.

Kagum dengan kepandaian dia. Tapi masih ada manusia menghamba kepandaian dia. Sebaliknya dia adalah bodoh. Tapi kepandaian menutupi kebodohannya. Dia memang pandai dengan kebodohannya. Sama seperti kaya. Ramai menyanjungi kekayaan dia. Tapi sebaliknya dia miskin. Masih dia tidak lihat dengan kemiskinan dia. Dia hanya kaya dengan harta. Tapi dia fikir yang dia kaya boleh lakukan apa-apa. Sebenar dia nampak kaya yang bodoh.

Aku maafkan dia kerana dia hanya nampak kekayaan dan tidak nampak kebodohannya.

Sanjungan masyarakat zaman sekarang. Sanjungan terkini.

Terima kasih.