Wednesday, April 4, 2012

Tiada pengakhiran

Lari dengan pantas nya. Lari dan lari lagi.

Terlanggar dinding dan seperti di dalam kisah Harry Potter yang tiba menembusi ke alam lain. Penuh dengan fantasinya. Dinding yang disusun dengan batu bata dapat ditembusi oleh Jintan. Tetapi Jintan tidak berkaca mata bulat.

Tiba-tiba Jintan menggelongsorkan dirinya disebalik kehalusan rambut-rambut di dagu Leonardo da Vinci. Dan rebah ke atas meja yang die melukis setiap bentuk badan manusia. Jintan keliru dan kecamuk. Apa yang terjadi?Dimana aku?

Sentiasa bertanya. Tubuh Jintan seperti dikawal oleh pensil yang dilukis oleh Leonardo da Vinci. Setiap garisan yang di lukisnya akan menarik tubuh Jintan untuk mengikutnya. Diri Jintan tersekat pada masa dan situasi imaginasi semasa melukis. Memang tiada pengakhiran buat dirinya untuk melepaskan diri dari kawalan itu. Jintan cuba meronta dan berlari kearah garisan yang dilukis oleh Leonardo da Vinci. Tetapi tiada jalan keluar.

Mana penyelesaiannya?

Jintan terpaksa akur dengan kawalan itu. Tiada yang dapat membantunya selain itu.

4 comments: