Friday, March 30, 2012

Raksasa menggunakan petua Mui dan Ultraman

   

Sedang duduk di bangku merah sambil menunggu kereta kuda, lenggang lengguk Raksasa datang ke arah Mui dan Ultraman. Mereka bersapa.

" Hai korang" tegur raksasa.
" Mak ai! biar betul engkau raksasa muka engkau macam tu?" terkejut Ultraman.

 Ultraman dan Mui amat terkejut dengan wajah raksasa yang sekian lama mereka tidak bersua. Wajah raksasa amat hodoh kerana dipenuhi dengan timbunan jerawat.

"Aku ada petua dari orang tua aku untuk memulihkan muka dari jerawat." ujar Mui
"Padia?" tanya raksasa.
"Engkau ambil seluar dalam yang dah pakai, engkau tekap kemuka dalam beberapa minit" ujar Mui.

  Pada hari itu, raksasa bersama ultraman tidur di rumah Mui. Selepas mandi, raksasa melihat wajahnya dan menjadi tekanan kerana dengan jerawatnya. Raksasa ke bilik cucian pakaian dan mencari seluar dalam nya. Seluar dalamnya telah pun di masukkan ke dalam mesin basuh. Raksasa cuba mencari seluar dalam ultraman, tetapi sama situasi nya juga.

  "Sekarang aku tak kisah apa yang dalam aku akan ambil sebab aku nk cepat baik." ujar raksasa.

Raksasa mencari seluar dalam Mui pun sama begitu.

Beberapa minit.

Raksasa mencapai baju dalam Mui yang tidak lagi di masukkan ke dalam  mesin basuh. Raksasa pun menyapu-nyapukan di muka nya dalam beberapa minit. Mui melihat dan menjerit.

"Apa engkau buat ni raksasa dengan bra aku?" jerit Mui.
"Aku nak baikkan jerawat. Aku rasa ubat macam ni lagi cepat baik dari seluar dalam sendiri.." jawab raksasa.

Raksasa kena disumbatkan ke dalam mesin basuh oleh Mui kerana menggunakan baju dalam Mui. Pada esok hari mukanya berseri-seri.

No comments:

Post a Comment