Air dari langit mencurah-curah,
dengan lembut dia menuruni,
pagi yang tenang selubungi hati,
mencari ilmu,
di hutan konkrit,
hati mula pedih.
Pertunjukan boneka yang hampa,
tidak boleh diterima,
sedikit tulisan,kata-kata membanjiri di lohong muka,
tidak kupandang.
tidak boleh terima,
dengan buah fikiran yang diberi,
dilontar,
seperti kertas dikoyak-koyak dan dilanyak-lanyak.
Kau tidak memahami aku,
dipinta merayu-rayu,
apa boleh dibantu,
patut ditanya dahulu.
Kini buah fikiran dibeza,
apa jua diberi benda,
aku tidak suka lakukan yang kau ada,
lebih kau pergi sahaja.
mcm kecewa je .
ReplyDeletekekeliruan kahh?
ReplyDeletemenyirap..
ReplyDelete