Sunday, January 27, 2013

Dengung

Aku hanya duduk di cadar yang usang. Tanpa kata-kata yang indah malam itu dan hanya senyap berdengung. Lihat pada skrin tiada satu tatapan mesej yang masuk. Aku mahu engkau tahu yang aku masih menunggu.

Friday, January 25, 2013

kejung 150

Mungkin ini balasan,
mungkin ini ingatan,
tanpa kenal usia,
atau jantina,
ia hadir dengan tanpa mimpi.

Jika tidak jaga,
kejung tanpa sempurna.


Wednesday, January 9, 2013

Senyap!

"Senyap!"

"Kau bodoh!"

"Senyap!"

"Ish! budak ni, selekeh semacam, dengan pakaian tak terurus"

"Senyap!"

"Dia nampak macam berduit, tapi hakikatnya"

"Senyap!"

Bila berjalan mendengari sekeliling, lebih baik tidur.

Tuesday, January 8, 2013

Ghost rider

Siapa mahu jadi heroin ghost rider ini? Aku mahu.....

Tuesday, January 1, 2013

Friday, December 28, 2012

Diranjang

Aku mahu diranjang,
tanpa alasan,
tanpa berdinding,
ia mudah tanpa halangan.

Aku mahu diranjang,
hirau tanpa siapa-siapa,
serik di hina,
biar kali ini diri sendiri suka.

Aku puas diranjang.

Wednesday, December 26, 2012

Bila lihat....

Bila lihat kelangit, gelap dengan mendung. Tiada bulan dan bintang. Selalu nya mereka itu lah yang menerangi alam ini semasa gelap gelita.

Bila lihat kehadapan penuh dengan hutan belantara. Tidak tahu apa yang akan di duga. Ada baik dan ada yang buruk, tidak tahu.

Bila lihat kebelakang penuh dengan ingatan yang baik dan buruk telah berlaku.

Melangkah dengan hirau apa-apa. Terus kehadapan. Biar baik dan buruk berlaku pada diri aku, cuma aku perlu berhati-hati.

Sunday, December 16, 2012

Satu di akhirnya juga satu

Satu juta,

"Cantik kereta aku?"

"Tinggi aku punya rumah?bukan takat besar"

"Mahal aku punya barang?"

Akhirnya,
nipis menjadi satu.

Saturday, December 15, 2012

LALU

Lalu melulu malu ke lu,
lu sendiri malu,
siapa yang tahu,
kami lalu letus menggaru.

Monday, December 10, 2012

Macam mana pun tak pernah cukup

Macam mana pun tak pernah cukup,
kejar lah hingga hujung,
tapi tiada penghujung,
sebanyak mana yang dapat,
macam mana pun tak pernah cukup.

Syukurlah apa yang diberiNya.

Thursday, December 6, 2012

Rindu

Bersetubuh dengan jiwa,
antara dua laluan,
ke kiri ke kanan,
haluan terus hingga tiada penghujung,
saling menekan,
saling menggenggam,
rindu.

Monday, November 26, 2012

Tolong man!

Mana gaban?
mana superman?
mana spiderman?
mana batman?
mana segala man yang di gilakan?

Tolong man!
segala tiada,
tiada yang menolong,
tiada pemimpin yang cuba menolong,
mana man nya?
mana kluangman nya?
mana ironman nya?

Tolong man!
mereka amat memerlukan.

Monday, November 19, 2012

Tangisi anak kecil

"Aku akan serahkan segala nya padaMu untuk agama ku! negara ku! keluarga ku!"

"Binatang!"

"Kau bom aku sehingga tiada jasad yang boleh untuk di kutip"

"Anak kecil yang berlagak berani!"

Bang!bang!

"Arghhh...Ya Allah.. ! Agar tuhan membalasnya!"

Masih membedil manusia yang tidak berdosa,
masih begitu,
memang mereka di jadikan manusia yang durjana di alam ini,
berdoalah kepada Nya,
selamat dan lindungi mereka di tempatkan ke syurga Mu.

Saturday, November 17, 2012

Mereka di sana

Mereka di sana derita,
kita di sini mengembira,
mereka di sana tangisi,
kita di sini melupai,
mereka di sana bermain dengan api,
tapi di sini masih seronok menjadi-jadi,
susah meraka,
ada kita kisah?
senang mereka,
ada kita kisah?

Membedil dengan bongkak,
kematian penghujung jalan.

Di sini membedil dengan bebalan fitnah,
kematian hati tidak kepangkal jalan.

Ingat saudara kita di sana,
ingat seagama kita di sana,
ingat pada Nya,
berdoalah,
jangan melupakan Nya,
memberi selamat untuk mereka.

Monday, November 12, 2012

Jalan berkepak

"Mentang-mentang i lawa"

"Aduh! muscle tak cukup lagi ni"

"i pegang tangan u keras la"

"biasa lah tu... weh kawan aku semua, awek aku lawa macam girl generation"

Semasa berjalan.

"i nak beli itu,nak beli ini, elok tak baju i pakai, nampak bogel tak?"

"i bangga lah dengan kelawaan u"

Semasa berjalan terjatuh si lelaki dalam longkang.

"i tak nak jalan dengan u sebab u busuk jatuh longkang. Kotor!"

Wednesday, November 7, 2012

Alhamdulillah

Dahulu aku meminta,
kini usaha.

Jadi kini aku memberi,
mereka hanya menerima.

Alhamdulillah.