Tuesday, January 24, 2012

Wahai merak

Jika anda terlihat seekor merak mengembang sila bau punggungnya, kerana di situ ada keseronokannya.

Monday, January 23, 2012

Wahai burung

Apa yang aku ingat adalah aku berada di tepi sungai yang dekelilingi dengan hutan batu yang banyak ragam. Berjalan tanpa hala tuju, menyepak batu-batu kecil ke sungai. Aku terlihat seorang gadis dan tiba-tiba berdebar seperti ferrari berlumba.

Aku senyum padanya dan ia terbalas. Aku melihat tanpa mengelip.

"Hai, u adalah penyeri sungai ini." teguran selamba padanya.

Dia senyum malu.

Dari masa itu kami mengenal sesama sendiri. Walau jauh kami sentiasa berhubung. Burung merpati adalah perhubungan yang kami lakukan.

Selepas itu kami mula keluar bersama. Kami berborak, makan, menonton pementasan dan jalan-jalan. Sekarang, aku berdebar-debar bersama dengannya.
Masa akan datang, aku cuba menawan nya. Wahai burung, jangan engkau berhenti terbang atau patah sayap.

Thursday, January 12, 2012

Bola dawai

Aku melemparkan diri di sofa.

Memandang ke langit terlindung. Mata aku melihat seurat dawai yang bergerak dan menggulingkan nya seperti sebiji bola takraw. Makin besar gulungan nya..

Berhenti.

Bola dawai itu pun menghempap ke arah kepala aku. Aku meronta-ronta. Dia lebih kuat dan susah untuk melepaskan nya dari kepala aku.
Dan ia berputar-putar tanpa henti. pening kepala...
Putar-putar.

Aku letih untuk mengeluarkan nya dari kepala. Aku cuba tenang kan diri. Dan tiba-tiba bola dawai tu tercabut dengan sendiri dari kepala aku. Aku lega.

Wednesday, January 4, 2012

Pandai

Aku rasa burung sudah pandai belajar terbang,
tanpa pengajarnya.

Aku rasa anak singa sudah pandai memburu,
tanpa pengajarnya.

Aku rasa anak kucing pandai berdikari,
tanpa menetek susu ibunya.

Kau rasa aku saja memandai.

Monday, January 2, 2012

Kepala petak

Kepala aku petak. Tiada imbangan dalam fikiran. Tiada kelembutan dalam pemikiran aku. Kudrat untuk membulatkan kepala aku memang susah dan tidak tercapai.

Kekiri,kenan. Tiada kelihatan. Tidak nampak. Hanya pandangan depan yang lurus yang hanya boleh aku lihat. Aku baring seperti dadu aku memusing.

Aku ke bengkel mengetuk kereta dan menyuruh membulat kan kepala aku. Mereka membulatkan dan menjadi lagi hodoh.

Tapi bahagia kerana dapat membulat kan kepala

Saturday, December 31, 2011

2012

2012 baru bagi kita. Tahun yang baru. Adakah ada niat baru buat kita? Atau masih menggunakan niat yang lama pada tahun yang baru? Diri kita sendiri. 
Biarlah mengedas kan peluru pada pelanduk,bukan ke pokok.

Friday, December 30, 2011

Budak BBQ

Ada seseorang datang ke arah seorang budak.

"Dik buat apa masa malam new year?"

"emm"

"Kenapa senyap?"

"emm.."

"Dik bisu?"

"emm.."

"Ish!"

"Apa beza tahun ini dan tahun depan walau kita sambut?siang tetap siang, malam tetap malam, bangun tidur mandi dan makan,sama je kan? Kalau betul ada perubahan tak apa lah juga."

"err"

"Cuba faham kan yer..Sesetengah orang merasai dan menjiwai hujan, setengah itu hanya mendapat basah kuyup"

"err..ok abang dah faham, Jom ikut abang BBQ."

"Bagus juga, dapat makan dan kenyang..hehehe"

Thursday, December 29, 2011

Quote

 “You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again. But if she loves you now, what else matters? She's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and give her the most you can. She may not be thinking about yo...u every second of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart. So don't hurt her, don't change her, don't analyze and don't expect more than she can give. Smile when she makes you happy, let her know when she makes you mad, and miss her when she's not there.” - bob marley

Wednesday, December 28, 2011

Kaku

Sepi,
hanya rebah.

Menung,
hanya tiada pergerakan.

Sedih,
hanya bermain bersama hati.

Menitis air mata. Kaku.

Tuesday, December 27, 2011

Terpaku memikir


Terpaku di sini,
seperti patung tayangan,
tanpa mengelip sekali pun.

Rasa sesuatu yang berat telah menghempap,
menahan bebanan tapi masih cuba menahan,
kari kanan gelap gelita,
penglihatan terombang-ambing,
adakah keputusan nya?
memang tak boleh di terima,
adakah itu niatnya?
terpaku memikir.


Tak mahu itu,
tak mahu itu,
tak mahu itu terjadi,
adakah keputusannya?
jangan buat begitu,
terpaku memikir.


Monday, December 26, 2011

Peluk dengan erat dan sedut hingga menjilat

Aku memberinya kemanjaan di badan aku sendiri. Dia memeluk aku dengan erat sekali. Bila aku kekanan dia cuba berpusing dan memeluk kekiri.

Tiba-tiba aku rimas. Dia tidak mahu melepaskan aku. Dia sentiasa memeluk dengan erat. Aku cuba tepis pelukan dia, tetapi gagal sentiasa kerana dia sentiasa mahu memeluk aku.

Dia bukan setakat memeluk tetapi menyedut-nyedut aku dengan mulutnya. Tepis.

Aku putus asa kerana dia sangat berdegil.

Aku halau nya dengan kasar tanpa berperi kemanusiaan. Tetapi dia berdegil dan seperti tidak memahami yang aku tidak suka padanya. Hanya dia suka aku pada ketika ini.

Aku menepuk-nepuk dia tapi dia pandai menepis tepukan aku. Dan aku menampar, tetapi tidak berhasil.

Aku mengambil penyembuh nyamuk, dengan kejamnya aku menyembur di hadapan mukanya. Dia mabuk dan mata nya pedih. Dia tidak dapat menahan dengan serangan aku dan dia rebah ke lantai.

Aku mengikat tali di lehernya dan supaya dia berdisplin. Engkau lalat yang degil.

Dan aku boleh meneruskan rutin seperti biasa. Lalat yang suka terbang.

Sunday, December 25, 2011

Status facebook 2

Apa yang kau merepek la apy. Anda tak faham, bukan merepek tetapi konspirasi buah fikiran.

  • 'rustu'
  • 'tongkat ali dipinjam gorila'
  • 'grodol lefted''orang gila malang nasibnya, gorilla hanya memerhatikan saja'
  • 'broshop'
  • 'gorilla cinta pada negaranya dengan cara patriotik dalam dirinya..bukan kerana seseorang penaklukan seseorang'
  • 'orang gila bergaduh air bersama orang gila'
  • 'bila gorilla makan kit kat, hyper dia'
  • 'ada kau fikir pasal orang gila?kau suka fikir kau tak gila..kau gorilla'
  • 'dari berjuta-juta tahun raksasa sentiasa hendak bersama dengan gorilla, orang gila dan mui.'
  •  'kamar retired'


Saturday, December 24, 2011

Wednesday, December 21, 2011

Muda

Pagi,
gelap,
lewat bangun,
baring sepanjang hari,
tak mandi,
muda.

Tuesday, December 20, 2011

Masih

kadang mengapa kala,
kena mengapa mengena,
adakah itu jodoh nya?
bercelaru rasa,
penat rasa,
tapi masih tabah.

Friday, December 16, 2011

Kotak suara hati

Aku sudah tidak mahu berbisik di dalam hati,
lontaran kata-kata membuat aku lebih tenang,
tetapi hanya betul,
semuanya perasaan dari hati.
Alhamdulillah.